GTRMEAT Transformasi Baru Pemasaran Daging Segar



GTRMEAT adalah sebuah platform pemasaran terbaru yang dibangunkan oleh Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad , yang mengkhususkan untuk penjualan daging segar, daging sejuk beku , buah-buahan , serta produk-produk hiliran secara dalam talian.


Platform ini juga menawarkan beberapa produk ekslusif yang hanya boleh didapati dari rakan-rakan niaga mereka iaitu Daging Rusa Segar ,  Wagyu A5 Nakanishi Japan, Wagyu Harimau MenangisPatty Burger Wagyu Gred A5 Japan, Patty Burger Lembu Tempatan 150gm , Patty Burger Kambing Tempatan 150gm dan Patty Burger Ayam Tempatan 150gm .



Masalah yang dihadapi penternak tempatan untuk menceburi perniagaan dalam talian. 

Sebelum ini, pembelian dalam talian dibuat pada barangan kering dan mudah dibawa , kita lihat hampir tiada platform pembelian dalam talian untuk barangan segar atau sejuk beku . Kebanyakan daripada peniaga barangan segar menghadapi masalah logistik yang menjadi kekangan kepada penternak, petani , dan nelayan untuk memasarkan barangan segar mereka dalam talian.


Kebanyakan dari penjual daging dan barangan makanan dalam talian masih menggunakan sistem Whatsapp , telegram , dan facebook serta melakukan transaksi menggunakan transaksi dalam talian yang tidak selamat serta mendedahkan identiti penjual dan penerima kepada Aktiviti penggodaman serta data mining yang mengganggu privasi kepada penjual barangan segar dalam talian. 


Berdasarkan keadaan semasa , pada pemain industri sedia ada akan terus bergiat dalam pemasaran secara konvensional sehinggalah wujud penyelesaian untuk memasarkan produk dalam talian muncul. 

Langkah Berani Untuk Memajukan Industri Ruminan

Menjadi salah satu tanggung jawab kepada koperasi untuk menyediakan ruang dan peluang perniagaan yang sedang dan ingin diceburi kepada ahli dan masyarakat . 



Koperasi telah melihat masalah ini sebagai peluang dan mereka yang terdiri daripada komuniti penternak dan penjual daging tempatan yang menjadi ahli  industri ruminan yang terbesar di Malaysia memperkenalkan sistem pembelian dalam talian kepada pengguna dan memudahkan urusan logistik pembelian dalam talian untuk barangan segar dari seluruh negara.



Pihak Koperasi juga telah mewujudkan Sarang GTRMEAT dan juga Stokis-Stokis yang bertindak sebagai hub logistik bagi penyimpanan stok supaya ianya kekal segar ketika sampai ditangan pelanggan. 



Sudah tentu pasti, kesegaran dan kebersihan barangan yang dijual dititik-beratkan bagi memastikan barangan yang dijual menepati keperluan syariah serta piawaian kebersihan serta keselamatan makanan antarabangsa.


GTRMEAT Platform konsep terbaru jualan barangan segar tempatan. 

GTRMEAT berbeza daripada platform dalam talian yang lain dimana pengguna digalakkan memilih outlet yang berhampiran dengan mereka terlebih dahulu sebelum membeli barangan. Penyenaraian kedai outlet tempatan yang berhampiran dengan penggunaan teknologi Geo-location memudahkan urusan diantara penjual dan pengguna. 




Pengguna boleh memilih samaada untuk mengambil sendiri barangan dari penjual atau boleh meminta Outlet untuk menghantar barangan mereka . Pengguna dinasihatkan agar melihat kepada polisi barangan outlet mereka sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan kekeliruan.

Pembayaran Dalam Talian Yang Selamat 

Pembayaran dalam talian didalam laman web GTRMEAT adalah selamat dan disokong oleh ToyyibPay melalui sistem FPX yang menjamin keselamatan kepada pengguna untuk membuat transaksi dengan menggunakan kad debit , kad kredit ataupun online banking seperti Maybank2u , CIMBclicks , PBonline.

Penghantaran Barangan Kepada Pelanggan 

Pada kebiasaannya outlet akan menetapkan masa penghantaran diantara 1 hingga 3 hari selepas tempahan dibuat. Penghantaran pada kebiasaannya akan dibuat pada hari Rabu dan Sabtu. Tempahan akhir hanya akan diterima pada jam 12 tengahari sehari sebelum penghantaran .

Sebagai Contoh,  
  • Untuk Tempahan Hari Rabu hendaklah dibuat sebelum jam 12 Tengahari Hari Selasa, 
  • Untuk Tempahan Hari Sabtu hendaklah dibuat sebelum jam 12 Tengahari Hari Jumaat
Bagi memudahkan pihak pelanggan , sistem "Time Slot" telahpun ditetapkan dalam kedai-kedai untuk memudahkan pelanggan bersedia menerima pesanan . Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.


Caj Penghantaran yang berpatutan pada kadar RM 1 Setiap kilometer sehingga 200 kilometer juga telah ditetapkan secara storewide untuk semua kedai adalah berpatutan setakat ini dan sesuai dengan keadaan penghantaran barangan basah . Anda masih boleh memilih kedai yang berhampiran dengan kawasan anda bagi menjimatkan kos penghantaran. 

Pemasaran yang prihatin kepada pengguna 

Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad menerapkan semangat kerjasama yang merupakan asas kepada penubuhan koperasi bagi menggalakkan ahli mereka serta orang ramai untuk bersama-sama dalam membangunkan industri ruminan negara, 

Perlaksanaan sistem affliliate menggalakkan kepada semua pengguna laman web ini untuk memasarkan barangan yang dijual didalam GTRMEAT dan seterusnya memperolehi pendapatan sampingan

Pembayaran komisen yang dibuat sehingga 3 lapis saranan (3 layer referral) akan memberikan peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan tambahan. Terpulang kepada pengguna tersebut untuk menggunakan pendapatan dari komisen yang diterima untuk membeli barangan , ataupun untuk menerima wang tunai . 



Menurut Pengerusi Koperasi , Tn Hj Nordin Bin Mat, Sistem Affiliates ini tidak akan mengenakan sebarang bayaran masuk sampai bila-bila. Penyertaan masuk adalah percuma.

Pendaftaran Affiliates adalah Percuma Sampai Bila-Bila! 

Pendaftaran sebagai Affiliates adalah percuma dan tiada sebarang pembayaran , tiada sebarang syarat pembelian yang perlu dibuat bagi menyertai program affiliates ini. Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan mudah melalui akaun facebook dan juga akaun gmail. Perkara yang perlu dipastikan sekiranya menyertai menggunakan akaun facebook dan gmail ialah alamat email yang digunakan boleh diakses bagi proses pengesahan alamat email serta penukaran kata laluan kelak.

(Klik disini untuk daftar affiliates




Sekiranya anda mahu bersama-sama dengan Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad , kini peluang terbuka luas kepada anda . 

Program Rakan Niaga GTRMEAT

GTRMEAT kini sedang giat mencari Rakan-Rakan Niaga baru untuk bersama-sama didalam GTRMEAT ini. seramai 5,000 orang rakan niaga disasarkan didalam program ini . 



Siapakah yang layak meyertai Program ini ? 

Semua Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dan bersemangat untuk berjaya dalam industri peruncitan maya. 

Mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak. 

Pemilik perniagaan runcit atau borong , Petani , Peladang , Penternak , Nelayan dan Peraih dialu-alukan menyertai program ini.

Kemudahan kepada Rakan Niaga GTRMEAT

Semua peserta yang menyertai program ini akan menikmati pelbagai kemudahan terutamanya pada mereka yang bermula dari bawah.

Memulakan Perniagaan Daging Anda Tanpa Modal

Sukar pada waktu ini untuk memulakan perniagaan tanpa modal . lebih lebih lagi pada waktu-waktu pendemik COVID 19 ini . Kini , Koperasi memberikan peluang untuk semua rakyat Malaysia membuka perniagaan daging tanpa perlu untuk mengeluarkan modal yang besar. Anda tidak perlu berpayung, menunggu daripada waktu pagi hingga petang. 

Hampir tiada penyimpanan stok fizikal. 

Stok Perniagaan kedai anda terutamanya produk daripada Koperasi tidak akan anda simpan , kebanyakan stok akan disimpan di Stokis. Setelah anda mendapat pesanan , barulah barangan dapat dilepaskan kepada pengguna. 



Kedai Maya 

Setiap Rakan Niaga akan mempunyai kedai didalam talian mereka sendiri dalam laman GTRMEAT , Rakan-rakan niaga juga boleh memasukkan barangan perniagaan anda sendiri didalam sistem ini untuk memudahkan urusan perniagaan anda yang sedia ada. (Klik Untuk Melihat Contoh Kedai)




Latihan dan bantuan yang berterusan 

Latihan dan bantuan sokongan akan sentiasa diberikan dari masa ke masa untuk menambahkan lagi pengetahuan serta kemahiran didalam menjalankan perniagaan anda . 



Pelbagai Peluang Pendapatan tersedia kepada Rakan Niaga GTRMEAT

Pelbagai jenis peluang pendapatan dapat dijana melalui program Rakan Niaga GTRMEAT ini .

Pendapatan menerusi program affiliates

Anda masih layak mendapat reward jualan dari Ahli-ahli yang anda telah perkenalkan kepada GTRMEAT

Pendapatan komisen jualan barangan secara terus menerusi kedai maya anda . 

Anda akan mendapat komisen jualan secara langsung dari barangan yang dijual melalui kedai maya anda .Komisen jualan bergantung kepada barangan yang dijual . 

Pendapatan Caj Penghantaran. 

Caj Penghantaran adalah 100% milik Rakan Niaga GTRMEAT tanpa sebarang potongan dari syarikat. Kita menjual barangan kedai kita sendiri. kita bukannya E-Hailing atau P-Hailing! 

Memulakan langkah sebagai Rakan Niaga GTRMEAT. 

Bagi memudahkan urusan pendaftaran rakan niaga , mereka yang berminat perlu mempunyai pengesahan email ahli atau afffiliates sebelum mendaftar sebagai Rakan Niaga GTRMEAT, satu email akan dihantar ke email peserta untuk pengesahan selepas pendaftaran. pengesahan email hanya dibuat sekali sahaja. 

Sekiranya belum lagi mendaftar sebagai Ahli atau Affiliates , anda boleh mendaftar dengan klik pautan dibawah.

Selepas log masuk ke dalam sistem GTRMEAT, Anda boleh memohon untuk menjadi Rakan Niaga GTRMEAT menerusi Laman Web PERMOHONAN RAKAN NIAGA ini. Seterusnya, pada peringkat Ibu Pejabat GTRMEAT akan membuat keputusan untuk menerima seseorang sebagai Rakan Niaga atau tidak . 

(Klik Disini Untuk Daftar Rakan Niaga)


Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Whatsapp dibawah 


Soalan Cepu Emas, Mengapa Saya Sendiri Sudah Menyertai GTRMEAT ini

Mungkin ada yang cuba akan membuat deduksi awal dengan menyatakan saya menyertai GTRMEAT ini kerana kekurangan pendapatan yang agak cliche , tetapi saya rasa lebih baik saya kongsikan sedikit situasi semasa berkenaan industri ruminan dalam negara. 

Ketika bermula PKP , kita melihat harga barangan kian meningkat , termasuklah harga daging mentah . Apabila harga Daging mula meningkat, ianya akan diikuti dengan harga barangan lain seperti ikan , dan ayam. Perkara ini kita dapat "Supply & Demand Surge". kemudian ianya terus meningkat sehingga Hari Raya Aldilfitri dan Hari Raya Aidiladha. 

Sebelum COVID-19 lagi, Australia mengalami penyusutan bilangan lembu dalam negara mereka , Walaupun China telah menolak lembu dari Australia, kita kena lihat pada pasaran di China , mereka memang kurang makan lembu, tetapi mereka lebih kearah kambing dan babi.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlaku isu kartel daging import yang tidak sah taraf telah menjadi isu hangat dalam negara . Semua pihak telah menyatakan pandangan mereka mengenai isu ini , dan isu ini menjadi lebih hangat . 


Pada bulan Mac , Harga Daging dijangka naik ke RM 45 sekilogram kerana India sudah mula menghentikan eksport dagin kerbau mereka berikutan wabak COVID-19. 

Perkara yang akan menjadikan keadaan lebih runcing ialah apabila India sudah mula mengenepikan pensijilan halal kepada eksport daging mereka, saya yakin perkara ini akan menjadikan keraguan masyarakat terhadap pengimport daging dari india. 


Kita belum lagi bercerita berkenaan kenaikan harga dedak yang membebani kepada penternak berikutan kenaikan harga jagung yang dikatakan meningkat walaupun pada negara pengeluar menurunkan harga jagung mereka . Lagi yang kita pelik, mengapa tiba-tiba hilang stok PKC (Palm Kernel Cake) dari Pasaran tempatan ? 

Jawapan yang paling mudah ialah kerana matawang kita yang rendah menjadikan PKC hilang dari pasaran tempatan kerana ianya dapat dijual pada harga yang lebih tinggi untuk pasaran eksport. 

Apabila kita telusuri kepada perkembangan-perkembangan isu-isu yang melibatkan penternakan ruminan pada waktu ini dapat kita andaikan bahawa harga daging akan terus meningkat naik , termasuklah harga daging beku import. 

Ditambah pula dengan tekanan kewangan isirumah yang kian meningkat pada waktu ini akan menjadikan pembelian daging sebagai barangan premium yang perlu ditentukan kesahihannya .
 

Sudah tentu pasti , apabila harga daging segar kian mahal, maka lebih ramai yang memerlukan akses pembayaran dalam talian samaada perbankan dalam talian ataupun kad kredit untuk membeli daging.
Tidak ramai sanggup menanggung bayaran fi pengeluaran tunai kad kredit yang besar untuk mereka berbelanja tunai menggunakan kad kredit. Cara yang paling mudah ialah penggunaan E-Commerce. 

Pada peniaga kecil, mereka sukar untuk mengakses kemudahan merchant perbankan elektronik dan kad kredit. Lebih sukar lagi apabila terdapat banyak keperluan untuk perkhidmatan perbankan dalam talian yang perlu disesuaikan untuk perniagaan barangan segar . 

Apabila keadaan begini berlaku , mungkin akan berlaku lambakan daging-daging kontraban yang tidak sah taraf , atau penipuan kepada kualiti daging yang dijual dalam pasar mahupun dalam talian bagi pengguna yang akan menjadikan pengguna lebih was-was kepada daging yang dijual di pasaran terbuka.

Berdasarkan kepada keadaan-keadaan yang saya perkatakan , tiada cara lain untuk memastikan industri ruminan dalam negara terus bertapak melainkan terdapat suatu anjakan paradigma untuk menggunakan platform jualan dalam talian untuk produk-produk daging sama seperti perusahaan-perusahaan yang lain. 

Peluang sudah terbuka

Peluang sebegini adalah sukar untuk ditemui lagi pada masa akan datang, mungkin peluang sebegini hanya akan datang sekali untuk seumur hidup . Berdasarkan kepada model perniagaan yang inovatif begini dengan keadaan semasa yang mencabar untuk industri ruminan tempatan berkembang secara konvensional , GTRMEAT merupakan peluang yang terbaru kepada rakyat Malaysia masuk kedalam Industri perniagaan daging samaada Aktif ataupun pasif. 

Pilihan yang mudah untuk anda memilih , kedua-duanya adalah percuma (Bergantung kepada Ruang dan peluang). Ini mungkin peluang , pengalaman dan pengetahuan yang berharga sepanjang hayat . 

(Klik Disini Untuk Bergiat Secara Aktif )

Kami berharap agar dapat bersama-sama dengan anda pada masa akan datang dalam industri ruminan ini . 

Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan yang baik daripada MM. ☺️