Adakah Terdapat Sentimen Rasis Serta Anti Kepada Anggota beruniform pada kepimpinan PR?

Sambil mengenangkan kembali kemalangan yang berlaku keatas Allahyarham Prebet Mohd Salleh Hamdan ( 22 tahun) walaupun telah sebulan berlalu, dan setakat ini tiada tindakan undang undang yang dikenakan keatas YB Tian Chua yang menaiki Mercedes tersebut.

Tetapi, Masih meninggalkan beberapa persoalan difikiran saya sentimen yang tertanam pada pemikiran kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yeng berada ditempat kejadian pada ketika itu.



Sekiranya Melihat kepada Lokasi Kejadian yang Boleh dikatakan dekat dengan Kota Tinggi ( Paling Jauh pun Perjalanan Berkereta selama 30 minit! )


View Larger Map

Dimanakah letaknya sifat kemanusiaan Para Pemimpin pembangkang sebagai pemimpin kepada rakyat ?

Adakah terdapatnya sentimen Rasist ?

Atau kebencian yang telah ditanamkan bahawa "setiap ahli pasukan keselamatan merupakan pengundi POS yang TIDAK AKAN membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat atau kepada Parti Keadilan Rakyat" ?

Saya yakin , ramai akan menyangkal dakwaan tersebut dengan pelbagai penafian.

Adakah sebenarnya TIAN CHUA MERUPAKAN PEJUANG HAK ASASI MANUSIA YANG SEJATI ?

Tindakan untuk tidak menghantar Allahyarham ke Hospital bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya merupakan suatu tindakan MENAFIKAN HAK SESEORANG UNTUK HIDUP SETELAH DITIMPA KECELAKAAN dan ini amat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan.

Amat Jelas pada pandangan saya bahawa kareer politik adalah lebih penting bagi YB Tian Chua Berbanding dengan apa prinsip yang beliau perjuangkan sebagai aktivis Sosial.

Selamat memikirkan strategi bagi pakatan rakyat kepada YB Tian Chua ... saya yakin lebih banyak "pengorbanan suci" yang perlu di halalkan untuk kempen retorik anti pasukan beruniform anda ...

Selamat Berjaya saya Ucapkan Kepada YB Tian Chua !