SOS @AirAsia & @MAS , Please #EvacuateMalaysiansASAP

I just make a pledge to pull out the Malaysian Citizenns From the siege effected zone in egypt ASAP



Please........



Hope Malaysians will support this Hash Tags Campaign by retweet.





Amplify’d from mahadimahbol.blogspot.com


Pelajar Malaysia Di Mesir DIBAWA PULANG

02 Februari, 2011 00:15 AM
Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.



Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.



"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,"-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

katanya kepada Bernama di sini Selasa malam.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,"- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.
"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah," -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa pada Rabu.
Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.
Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Read more at mahadimahbol.blogspot.com

Ulasan