FELDA BANKRAP - TERUSKAN SAMAN SUARA KEADILAN

Isu "FELDA BANKRAP" yang telah di pukul canang oleh pihak Suara Keadilan pada ketika ini sememangnya telah pun memberi ruangan yang sangat besar kepada UMNO dan Barisan Nasional pada ketika ini bagi membuktikan siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim dan juga rangkaian sekutu beliau di luar negara dengan lebih mudah dan berkesan.

Jika dilihat kepada proses untuk menyaman yang kelihatan sangat panjang serta dengan kekuatan Kumpulan Pembelaan yang seringkali menggunakan penangguhan kes sebagai diantara senjata untuk pembelaan sebenarnya dalam suatu jangkamasa yang panjang akan dapat mendedahkan segala keburukan dan juga senarai affiliates Anwar Ibrahim diluar negara .


Kebanyakan dari pada rakyat di peringkat akar umbi , samaada PAS , PKR , DAP  sebenarnya tidak mengetahui dan tidak dapat membayangkan fungsi serta tugas penaja-penaja DSAI, serta PKR yang membantu didalam usaha untuk memecahkan kekuatan empayar Melayu kita ketika ini .

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut mengenai perkara ini . Mari kita lihat kepada sedutan fakta penting didalam kes ini.

Dengan Meneliti Penghujahan daripada Panglima Perang Cyber didalam Blog beliau.



Fakta pertama, baki Felda pada 2009 ialah Rm1.35 billion dan menurut Husam beliau mendapat info Felda telah memperolehi pendapatan RM5.2 billion sepanjang 2004 - 2009. Jika dicampur baki dan keuntungan di atas maka kita akan dapat RM6.55 billion untuk 2009.

Fakta kedua ialah Felda telah membelanjakan RM6.71 billion untuk kebajikan peneroka Felda dengan butirannya anda boleh lihat seperti gambar di atas. Bahkan jika ditolak pendapatan dengan perbelanjaan Felda maka kita masih gagal mendapat angka baki 2009 sebanyak Rm1.35. Kecuali apabila kita mencampurkan maklumat dari Ahmad Maslan yang menyatakan Felda mendapat keuntungan RM 6.6 billion ditambah RM1.35 (baki 2009)= RM7.95. Baki yang akan diperolehi ialah lebih kurang RM1.24 billion jika ditolak perbelanjaan Felda RM6.71 billion dari 2004 hingga 2009.

Persoalan kita sekarang ialah kenapa dalam blog Husam Musa, segala perbelanjaan yang dibuat oleh Felda yang dibentangkan oleh Ahmad Maslan sebanyak RM 6.71 billion tidak dipaparkan semua ? Kenapa hanya RM3.51 billion sahaja disiarkan ? Sila lihat bukti di sini dan disiar oleh Tranungkite di sini atau gambar di atas.

Jelas bahawa jika dicampur baki pada 2009 dengan anggara pendapatan yang dikemukan Husam sebanyak RM5.2 billion maka kita akan memperolehi angka yang jauh berbeza seperti yang ditulis oleh beliau bahawa Felda kehilangan RM8 billion wang tunainya.

Dengan disini kita melihat dengan jelas terang dan nyata bahawa pihak Pakatan Rakyat dengan sengaja memanipulasikan kekurangan Peneroka felda yang rata rata kita ketahui tidak mempunyai keupayaan untuk mentafsirkan sebarang Laporan kewangan . Mereka juga dengan menggunakan pengaruh kebebasan bersuara , memukul canang mengenai isu tersebut didalam usaha untuk mempengaruhi pemikiran peneroka-peneroka felda yang kebanyakannya terdiri dari bangsa melayu dengan dakyah yang mengatakan mereka terabai didalam rancangan felda masing masing .

Dimanakah sebenarnya fungsi AccountAbility, sebuah syarikat inovasi standard dimana DSAI terlibat sebagai Presiden kehormat yang dilihat diantara kumpulan pemikir DSAI didalam merencanakan pembentukan keboleh percayaan kepada perniagaan, NGO  dan juga  kerajaan ,dengan memasarkan standard standard perakaunan dan standard audit.

About the Company
AccountAbility is a global professional services firm providing strategic corporate responsibility advice, standards, and research to Fortune 500 companies, leading MLOs and NGOs. AccountAbility helps organizations identify and prioritize their critical environmental, social, and governance issues; develop a strategy and performance management frameworks to address these key CR challenges; and implement practical solutions that increase revenue, manage risk, and enhance brand and reputation.
AccountAbility’s offices are located in New York, London, Washington D.C, Beijing and Sao Paulo.

Sekiranya Pandangan seperti telahan yang dibuat oleh Husam Musa yang merupakan sahabat baik DSAI menjadi sebagai input kepada pembentukan standard kebolehan urustadbir kerajaan, adalah tidak adil sekiranya pertimbangan menggunakan angka kasar dijadikan sebagai asas kepada pengiraan penyata untung rugi bagi sesebuah syarikat atau pun organisasi.

Amalan membuat telahan yang telah lama diamalkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya melambangkan kerosakan yang sangat teruk kepada kebolehpercayaan prinsip pentadbiran Pakatan Rakyat . dimana pertimbangan yang dilakukan tersebut merupakan dakyah fitnah yang terbentuk daripada Pemanipulasian data secara sengaja . Oleh kerana demikian dengan ini menunjukkan bahawa Pemimpin pakatan rakyat sangat tidak berintegriti dan lebih suka mengambil maklumat berdasarkan kepada andaian semata mata.

Sekiranya AccountAbility meneneruskan agenda untuk menetapkan standard yang telah mereka karang pada hari ini sebagai diantara standard pengurusan kerajaan pada masa akan datang, saya yakin dengan penih percaya bahawa tiada sebarang laporan kewangan yang boleh dipercayai sekiranya ianya telah keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat .



Dengan pengaruh dan sokongan dari yayasan yayasan pro-semitik yang begitu hebat menyokong kebebasan bersuara seperti, Friedrich Neumann Foundation , Konrad-Adenauer-Stiftung , Open Society telah timbulnya Suara Keadilan yang mana telah pun memberikan nasfas baru kepada hak kebebasan bersuara dinagara kita.

Dan sekiranya Suara Keadilan disaman seberapa banyak pun mereka daripada yayasan-yayasan ini akan sedia membantu bagi melestarikan kembali perjuangan untuk membantu kepada kebebasan bersuara. dan disinilah kita akan melihat dengan lebih mendalam dan lebih dekat lagi pengaruh zionist didalam merencanakan perkembangan politik Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh B'nai B'rith International

 Untuk Anak bangsa Melayu kita serta negara kita , saya disini menyarankan agar tindakan ini dilakukan dengan segera tindakan ini merupakan suatu tindakan yang wajar kerana bagi setiap penerbitan seharusnya bertangungjawab kepada segala kandungan yang ditulis .

Ulasan