Penasihat PKR mahu wujud 3 Timbalan Perdana Menteri : Saya tidak tahu, kata Hadi


Penasihat PKR mahu wujud 3 Timbalan Perdana Menteri

2010/05/30 - Berita Harian

BUTTERWORTH: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jika rancangan 16 September berjaya direalisasikan.


Zahrain keluar daripada PKR selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang itu, berkata jawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan disandang wakil Pas, DAP serta pemimpin dari Sabah atau Sarawak.

“Anwar bercadang mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jika rancangan 16 September menjadi realiti. Beliau sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan sama ada ia boleh dibuat atau tidak.

“Sekarang, beliau janji hendak lantik seorang pemimpin Cina untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri II pula kerana sedar sokongan orang Melayu terhadapnya semakin terhakis. Beliau hanya mahu sokongan daripada orang Cina,” 


katanya ketika dihubungi, semalam Anwar, dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina, berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik dari kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ketua Pembangkang itu mendakwa dirinya dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Zainal Abidin Osman, menganggap janji dibuat Anwar melantik pemimpin DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri II tidak mengejutkan.

“Anwar terlalu teruja supaya agenda peribadinya untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dan sanggup menyatakan apa saja janji asalkan misinya berjaya.

“Saya tidak terkejut kalau selepas ini beliau berjanji untuk wujudkan lima jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya yakin ini tidak akan terjadi,” katanya selepas majlis Umno Juara Rakyat Peringkat Nibong Tebal di Sungai Acheh, semalam.

Zainal Abidin berkata, formula dilaksanakan Barisan Nasional (BN) kini sudah memadai dengan pemimpin Cina diberikan jawatan penting dalam Kabinet bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat.

“Ia berjalan dengan baik dan selaras dengan konsep 1Malaysia digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,”katanya.


Kita Lihat pula Bagaimana Jawapan dari Presiden PAS Mengenai Isu Ini.  


2010/05/30- Berita Harian 

DENGKIL: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui tentang janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang. 


Malah beliau berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu. 
"Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,"


katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari ini. - Bernama 


Sekiranya Ada diantara rakan rakan yang masih belum melihat dimanakah Janji Anwar Ibrahim. 


Chinese As Deputy Prime Minister - Anwar Ibrahim


Bagaimana Kami dapat menghidu perkara ini terlebih dahulu ? 


Kenapa pula Presiden PAS tidak dapat mengetahui apa yang dikatakan sebagai janji kepada DAP ? 


Jika keadaan tiada persefahaman begini boleh berlaku. 


TIADA JAMINAN UNTUK PEMIMPIN PAS BERADA PADA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 ATAU TIMBALAN PERDANA MENTERI 2


Atau jika lebih teruk lagi .


DAP MENUNTUT HAK MEREKA BERDASARKAN KERUSI YANG DIMENANGI UNTUK MENJAWAT MEMEGANG KETUA KERAJAAN 


Mengapa diantara Ahli PAS masih tidak dapat memberitahu kepada kepimpinan mereke mengenai tindak tanduk penasihat Utama Mereka - Anwar Ibrahim didalam menidakkan Kuasa PAS untuk mewujudkan negara Islam ? 


Mengapa bila ditemuramah nada Pemimpin Agung Pakatan rakyat ini Menyokong kepada Agenda Cina untuk memimpin sedangkan apabila berhadapan diatas pentas PAS , Bukan main lagi berteriak untuk Memulakan Negara Islam. 


Sekiranya perkara ini berlaku berterusan , maka tiada persepakatan dalam Pakata Rakyat , dan takkan selamat PAS untuk berada denagn PKR nagi meneruskan Agenda Negara Islam . 


Adakah Pas sedang ditipu bulat bulat oleh PKR dan DAP ? 


Isu Yang paling Penting sehingga sekarang ialah 


Tiada Persetujuan dari PKR dan DAP Mengenai Hukum Hudud  


Ingat ! tiada persetujuan dari PKR dalam Hukum Hudud  !