GTRMEAT Transformasi Baru Pemasaran Daging Segar
GTRMEAT adalah sebuah platform pemasaran terbaru yang dibangunkan oleh Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad , yang mengkhususkan untuk penjualan daging segar , daging sejuk beku , buah-buahan , serta produk-produk hiliran secara dalam talian. Platform ini juga menawarkan beberapa produk ekslusif yang hanya boleh didapati dari rakan-rakan niaga mereka iaitu Daging Rusa Segar , Wagyu A5 Nakanishi Japan , Wagyu Harimau Menangis , Patty Burger Wagyu Gred A5 Japan , Patty Burger Lembu Tempatan 150gm , Patty Burger Kambing Tempatan 150gm dan Patty Burger Ayam Tempatan 150gm . Masalah yang dihadapi penternak tempatan untuk menceburi perniagaan dalam talian. Sebelum ini, pembelian dalam talian dibuat pada barangan kering dan mudah dibawa , kita lihat hampir tiada platform pembelian dalam talian untuk barangan segar atau sejuk beku . Kebanyakan daripada peniaga barangan segar menghadapi masalah logistik yang menjadi kekangan kepada penternak, petani , dan nel