Demonstrasi Jalanan Di Malaysia DITAJA oleh Rothschild?

Pendedahan hangat daripada Angin Perubahan yang menyatakan bahawa demonstrasi Jalanan bakal dibawakan oleh Rothschild ?



Saya menyangkakan ianya sekadar disokong oleh aktivis sosial tempatan atau pun Kongsi Gelap Tempatan seperti Patmanabhan peguamcara yang membunuh jutawan Melayu Sosilawati.



Ternyata Jangkaan saya Meleset. MALAHAN JAUH LEBIH HEBAT !

Anwar Ibrahim seolah menyeru penyokong-penyokongnya untuk mengadakan revolusi jalanan. Anwar sekali lagi cuba menumpang populariti daripada revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya untuk mengadakan cara yang sama di negara ini. Helah Anwar itu sudah dijangka, semuanya adalah untuk menutup kes liwatnya dengan cuba menuduh insitusi kehakiman sebagai tidak adil. Kalau sudah ada video CCTV, Anwar sudah ulang alik masuk kondominium tersebut ianya satu pembuktian menyokong kepada password Mokthar yang sudah diketahui sebelum ini. Revolusi yang Anwar jaja ini sebenarnya ditaja oleh tangan-tangan luar.
Beberapa orang aktivis Mesir memakai baju Otpor ketika revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak. Otpor dimulakan oleh George Soros di Serbia. Otpor yang berpangkalan di Switzerland menjadi satu pusat latihan aktivis untuk membuat "color revolution" di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk menukarkan sesuatu pemerintahan melalui konflik, memanipulasi harga minyak dan mendesak institusi kewangan Islam memohon bantuan kewangan antarabangsa (baca sini).
Bagi menjayakan "color revolution", dua institusi yang sering menyumbang dana untuk menjayakan agenda besar Rothschilds ini adalah Open Society Institute dan NED. Menurut Thierry Meyssan (Presiden Voltaire Network) dalam artikel bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference" pada 7 Oktober 2008. (baca sini). Dalam majlis ulang tahun ke-20, National Endowment for Democracy telah mendedahkan ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia.
24 Februari 2011, sekumpulan anak muda telah mengadakan diskusi "Pilihan raya atau pilihan jalan raya?" di 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama. Mereka menjadikan Tunisia, Mesir dan Indonesia sebagai kayu ukur revolusi di jalan raya perlu diadakan di Malaysia. Dalam diskusi tersebut, dinyatakan bahawa revolusi di Mesir yang dimulakan oleh kumpulan April Youth 6 sebenarnya dilatih oleh Optor yang berpangkalan di Switzerland. Menurut moderator program tersebut, Optor Movement bersedia membantu mana-mana pertubuhan di Malaysia untuk mengadakan revolusi.
Ini bermakna diskusi tersebut juga telah ditaja oleh Optor, yang dibiayai oleh George Soros pada 10 Oktober 1998. Tidak hairan kenapa demonstrasi cuba diadakan oleh Hindraf pada 27 Februari 2011 di Kuala Lumur, besar kemungkinan mereka sudah dapat penaja untuk membuat huru-hara di Malaysia ini. Malah diskusi menghentam kerajaan secara terbuka makin giat diadakan oleh golongan anak muda yang dipimpin oleh Hishamuddin Rais ini. Melihat kepada keganasan yang berlaku dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, anak-anak muda di kampus nampaknya sudah mula dirasuk cara revolusi Optor ini. Pihak keselamatan perlu membuat financial intelligence yang cukup rapi untuk menyekat dana luar daripada mengganggu gugat keamanan negara ini.
See more at anginperubahan.blogspot.com
 

Ulasan

Norsiah Ahmad berkata…
HANYA... SATU CARA....SAHAJA..... IA ITU.... BERBAIK2.... SEMULA (BERSATU).... DIANTARA..... KAUM2..... MELAYU.... TERUTAMA NYA..... PEMBANGKANG - PEMBANGKANG.......PAS DAN PKR..... JUGA DAP....(YANG ADA KAUM2 MELAYU...)...... YANG SEDIA ADA..... MENENTANG.... HABIS - HABISAN.......(MENGHAPUS SEGALA TINDAK - TANDUK "MEREKA" (KAFIR) ITU.....) DEMI SAYANGKAN..... NEGARA..... BANGSA... (YG BERBILANG KAUM BERJIWA "KEMALAYSIAAN" - )..... DAN AGAMA... (BERBILANG AGAMA YG DI ANUTI.. M'IKUT KEPERCAYAAN MASING2.....) DI MALAYSIA TERCINTA...... INI....... "INSYAALLAH"...... KITA MERANCANG..... "ALLAH" SWT.... ITU YANG MENENTUKAN.... SEGALA2.... DI BUMI YANG "FANA".... INI....... NYA..... "AMIN".............. YA..... "RABBILALAMIN"............................................................................