Peniaga Minyak Belum Bersedia Jual Ikut Pasaran Dunia

Amplify’d from www.bernama.com

08 Februari, 2011 14:24 PM


Para Pedagang Minyak Belum Sedia Laksana Aplikasi Sistem Apungan Bebas







KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama)-- Para pedagang belum bersedia untuk melaksanakan sistem apungan bebas bagi menentukan harga minyak petrol dan diesel di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Bercakap berkata kepada media selepas majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Rakyat di sini Selasa, beliau berkata, buat masa ini, harga petrol dan diesel ditentukan pada setiap 27 haribulan.



Ini, katanya berdasarkan kepada sistem apungan terkawal yang mana mengambil kira harga purata minyak dari 1 haribulan sehingga 27 haribulan pada bulan sebelum itu.



Oleh yang demikian, beliau berkata harga yang ditentukan secara bulanan adalah mudah untuk para pedagang menentukan margin harganya.



Bagaimana pun, Ismail berkata sesetengah negara terutamanya negara-negara pengguna yang maju menentukan harga petrol dan diesel berpandukan sistem apungan bebas yang mana harganya ditentukan pada setiap hari mengikut pergerakan harian harga minyak mentah dunia.







-- BERNAMA




Kami menyediakan langganan
 
berita melalui perkhidmatan
Newswire.










Read more at www.bernama.com
 

Ulasan