@n_izzah, 100 JUTA UNTUK 12 KM BARU RM8333.33 Semeter.

Saya menasihatkan Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Agar Membaca sepenuhnya Kenyataan Akhbar dari Bernama.com yang menyatakan Projek jejantas ini hanya berharga RM8333.33 Semeter.> http://ff.im/-xxMUh



 Terima kasih.:-)
Amplify’d from www.malaysiakini.com
Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?
Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.
Read more at www.malaysiakini.com

Ulasan