Blogger news

Posted by : Mahadi Mahbol Khamis, Februari 10, 2011

Pembohongan yang dilakukan oleh penulis My Balik Pulau sebenarnya menganggu gugat kepada keharmonian penduduk di Balik Pulau Pulau Pinang.

Perkara ini dilihat dengan pelbagai penghinaan kepada masyarakat Majmuk dan berbilang kaum disana dengan pelbagai tohmahan yang kebanyakannya tidak berasas dengan pelbagai cerita berbentuk propaganda membenci dan menghina martabat pelbagai kaum disana.

Tindakan Rakyat untuk menghapuskan akhbar propaganda ini adalah perlu bagi menjain kestabilan kaum disana .

Amplify’d from www.facebook.com
Haramkan My Balik Pulau!

Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan edaran risalah My Balik Pulau yang disifatkan berbahaya kerana mengandungi unsur pemalsuan fakta sejarah dan menghina orang Melayu.

Empat NGO yang bergabung dalam Gabungan adalah Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Badan Anti-Islam Liberal (Badai), Islamic Propogation Society International (IPSI) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap penerbit risalah berkenaan, Arts Education (Arts Ed) yang didakwa dengan sengaja cuba meluputkan sejarah awal orang Melayu di negeri ini.

Menurut beliau, pengedaran risalah berkenaan jika dibiar berterusan bukan sahaja boleh mengundang perbalahan kaum tetapi juga boleh mengelirukan generasi muda khususnya pelajar sekolah tentang fakta sebenar sejarah negeri ini.

''Apa yang digambarkan dalam risalah ini seperti sekolah dan sejarah Balik Pulau hampir semuanya hanya mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di kawasan itu sebelum kedatangan orang Melayu. Itu tidak betul, perkara ini memang tidak boleh dimaafkan dan menghina orang Melayu.

''Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab kerana penerbitannya ditaja Jawatankuasa Pendidikan Pulau Pinang (PEC) yang sememangnya di bawah kuasa mereka. Jangan kata tiada kaitan dan mahu lepas tangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sejak sebulan lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa telah mengedar risalah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.

Selain menggunakan fakta yang salah, artikel berkenaan juga didakwa menghina orang Melayu di Balik Pulau yang dikatakan pelarian perang dan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.

Tertera pada risalah yang mengandungi 12 muka surat itu nama syarikat, Arts Ed sebagai penerbit selain Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang dan ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan syarikat telekomunikasi, Digi.

Guan Eng yang dipetik akhbar baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatan mana-mana agensi kerajaan negeri dalam penerbitan risalah berkenaan

Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.

Menurut Mohamed Nordin, pihaknya juga menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini berkenaan pemalsuan fakta sejarah dan penghinaan kepada orang Melayu yang terdapat dalam risalah tersebut.

Tegas beliau, rakyat juga berhak mengetahui tentang hubungan mencurigakan antara Arts Ed dengan Sekretariat Institut Penyelidikan Persekitaran dan Sosioekonomi (Seri) yang dilantik untuk melaksanakan penerbitan bagi pihak kerajaan negeri.

''Ini kerana, wujud persoalan, adakah kerajaan DAP Pulau Pinang bersetuju dengan apa yang diterbitkan dalam My Balik Pulau. Sekiranya mereka tidak bertindak dan senyap begitu saja, kami beranggapan sememangnya mereka bersetuju.

''Jika sebaliknya, kami mahu mereka mengambil tindakan tegas terhadap penerbit dan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Menurut Mohamed Nordin, pihaknya akan membawa permasalahan tersebut ke peringkat Kerajaan Pusat termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan sewajarnya jika isu berkenaan gagal diselesaikan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Read more at www.facebook.com
 

Popular Post

Blogger templates

Blog Archive

- Copyright © Perjalanan Mahadi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -