Lebih 6,000 Rakyat Dikeluarkan Dari Mesir Sehingga 8 Malam hari ini.

06 Februari, 2011 21:30 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Seramai 6,179 rakyat Malaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid sehingga pukul 8 malam.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama daripada jumlah itu, seramai 2,404 dikeluarkan menerusi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, 2,150 oleh tiga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan 1,625 orang menerusi dua pesawat AirAsia.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.

--- Bernama

Ulasan