Blogger news

Posted by : Mahadi Mahbol Selasa, Februari 08, 2011

Ilmu yang anda pelajari kemarin Mungkin akan luput esok.

Dahulu kalau kita bercerita mengenai SEO (Search engine Optimization) ramai yang tengah mengidam untuk menguji pelbagai teknik, dan tektik samaada White Hat , mahu pun Black Hat.

Itu Zaman lama dulu sebenarnya.

Kalau mana-mana kata black hat, kita akan memandang kepada autobot link generator , spider web, ping engine yang dapat berfungsi, Macam biasa , sekarang pun akismet sudah pun bersedia untuk membelasah balik auto autobot semua,

Nampak gayanya operasi gelap dah susah untuk dilaksanakan menaikkan ranking SEO.

Alamak , Lagi kurang sikit syok apabila kita masih mengikut style orang lama-lama berblog - Blogspot.

Cuma alhamdulillah, dalam masa 2-3 Hari ni Masa Krisis di Mesir, dapatlah memegang balik search keyword 2-3 patah.

Masih lagi Nasib Baik ada seorang yang link posting pada blog saya.(Pada Masa saya menulis Artikel ini.

Sebenarnya , Posting ini dibuat untuk memohon Pautan daripada Rakan Rakan Blogger,

Saya tidak memaksa, Tapi cuma menyarankan kalau ada yang berminat, boleh letakkan satu pautan kepada URL dibawah.
http://mahadimahbol.blogspot.com/p/pautan-kembali-kepada-website-ini.html

Insya Allah, Saya akan pautkan kembali ke Blog Anda.
(Harap-harap enjin lama SEO saya masih lagi hidup, hehheheheheheeh)

Amplify’d from blog.mohdisa.com
Backlink atau pautan kembali sangat penting kerana ianya memberikan nilai populariti kepada laman kita. Ingin saya tekankan yang tidak semua pautan kembali ini memberikan keuntungan. Terdapat pautan kembali yang baik dan buruk. Pautan kembali yang baik berasal dari laman web yang berguna dan kebiasannya mempunyai skop atau tema (content) yang sama. Pautan ini membolehkan proses populariti berlaku dengan lebih pantas.
Manakala pautan kembali yang buruk berasal dari laman yang tidak dikenal pasti. Pautan seperti ini perlu dielakkan. Sekiranya anda mendapati ada laman-laman web yang menggunakan pautan kembali ke laman anda, hantarkan permintaan kepada tuan empunya untuk membuang pautan tersebut.
Sekiranya anda seorang yang tidak aktif dalam melakukan pautan kembali, aktiviti membeli pautan boleh dipraktiskan seandainya anda yakin dan tidak kisah mengenai kewangan. Tetapi tidak salah untuk kita praktiskan teknik yang percuma terlebih dahulu.
Cari laman web dengan populariti yang tinggi atau mempunyai PR yang tinggi, hubungi tuan laman untuk berkongsi pautan atau proses pertukaran pautan merupakan langkah pertama yang boleh dilakukan. Ianya amat sesuai dipraktiskan oleh blogger seperti saya. Perlu ingat segala risiko perlu anda tanggung sendiri.
Pautan dalaman atau inbound link merupakan pautan yang menghubungkan laman ke laman dalam satu web yang sama juga sama penting. Penggunaan gambar (image) atau butang bergambar (image button) menampakkan laman lebih menarik tetapi perlu ia adalah pembunuh SEO. Cuba hasilkan teks ringkas untuk pautan memandangkan Agen Carian hanya mampu untuk membaca teks. Sekiranya perlu, pastikan anda menggunakan tag atribut alt pada semua gambar.
Secara kesimpulannya ianya amat berkesan jika anda seorang yang mementingkan hasil carian di enjin carian dan inginkan trafik yang tinggi daripada enjin carian seperti Google dan Yahoo! Jika anda masih ingin mengenai contest SEO Hidup Seorang Blogger yang dianjurkan oleh Denaihati, kebanyakkan pemenangnya mempraktiskan teknik backlink atau pautan kembali dengan anchor text yang betul.
Read more at blog.mohdisa.com

Popular Post

Blogger templates

Blog Archive

- Copyright © Perjalanan Mahadi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -