Amaran Kepada Pemandu Kereta ketika mengisi Minyak

Bahaya....!!!Baru minggu lepas malam Jumaat rakan KC parking kereta di parking awam. Semasa nak balik ke rumahnya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila dia tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya Cuma resit pam minyak .



Tak lama lepas itu dia terima email ini." AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )



Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.



Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.



Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
Read more at kamuntingcentral.blogspot.com
 

Ulasan