Blogger news

Posted by : Mahadi Mahbol Sabtu, Februari 05, 2011

Menurut Sumber berita yang baru diterima, Keluarga diraja Arab saudi telah pun menyumbang kepada proses evakuasi Rakyat Malaysia di Mesir untuk transit sementara di Jeddah.

Alhamdulillah, Keluarga diraja Arab Saudi telah pun memahami kekangan dan juga permasalahan yang berlaku didalam usaha rakyat Malaysia untuk menyelamat keadaan daripada kekacauan politik dalaman yang berlaku di Mesir.

Rakyat Malaysia dilaporkan Akan transit sementara di Kompleks Haji Madinatul Hujaj di Jeddah sebelum mereka dibawa pulang ke Malaysia.

Bilik Operasi, Kompleks Tabung Haji Madinatul Al Hujaj, Jeddah
Tel : 00 966 5671 55 710 / 00 966 2630 16 38

Pelajar dan juga Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Mesir atau pun yang transit di Madinatul Hujaj telah pun terjamin Bekalan makanan mereka sepanjang transit mereka di Jeddah.

Bagi rakyat Malaysia yang masih lagi berada di Mesir, Bekalan Makanan untuk mereka telah pun terjamin dengan adanya bekalan makanan sebanyak 30 Tan yang dibawakan oleh Rombongan Putera 1 Malaysia yang telah pun tiba di Mesir semenjak beberapa hari yang lalu.

Berita Baik yang telah kami terima, Untuk Pelajar Malaysia, Mereka akan dibawa pulang ke tanah air , dan urusan kepulangan mereka akan dibuat setelah mereka tiba di Jeddah.

Inilah Informasi terkini yang dapat dikongsikan bersama sama.

Popular Post

Blogger templates

Blog Archive

- Copyright © Perjalanan Mahadi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -