Viva Palestina - Berat Mata melihat berat lagi bahu memikul.

Berat mata melihat , berat lagi bahu memikul, begitulah prihatin rakyat Malaysia didalam isu Palestin.



Diharapka lebih ramai yang akan membantu untuk meringankan beban anak anak palestin yang telah pun sekian lama menjadi mangsa kekejaman Zionis israel .



Untuk Maklumat lanjut boleh menghubungi VPM (http://www.vivapalestina-my.org).

Amplify’d from www.bharian.com.my

Dr Mahathir lancar Viva Palestina Malaysia Sabtu ini


2011/01/19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan melancarkan Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan amal bertujuan mencari tindakan segera, resolusi saksama dan mampan berhubung konflik di Palestin, pada jamuan makan malam yang akan diadakan Sabtu ini.



Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju untuk melancarkan majlis itu kerana beliau menyokong sesiapa sahaja yang memperjuangkan kesusahan rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
VPM (http://www.vivapalestina-my.org) yang ditubuhkan ketika kemuncak kepungan Israel terhadap Gaza pada Disember 2008 adalah gabungan NGO Malaysia tanpa mengira perkauman, agama dan pendirian politik.
Viva Palestina diasaskan oleh George Galloway, bekas Ahli Parlimen Britain yang terkenal dengan kempennya yang penuh bersemangat untuk membantu rakyat Palestin berikutan konflik Palestin-Israel.



"Saya menyokong sesiapa sahaja yang mahu membantu rakyat Palestin," katanya.



Dr Mahathir berkata, inisiatif itu juga sehaluan dengan perjuangan Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO).



PGPO ditubuhkan oleh Dr Mahathir untuk memulakan usaha serius, aktif dan perjuangan menentang perang serta untuk keamanan.





Ditanya pandangannya mengenai bagaimana konflik Palestin-Israel yang berlarutan itu boleh diselesaikan, Dr Mahathir berkata ia adalah sangat sukar jika Amerika Syarikat hanya menyokong Israel.



Katanya, walaupun bilangan orang Yahudi hanya 10 juta di Amerika Syarikat, tetapi pelobi Yahudi adalah sangat berpengaruh dalam kerajaan, politik dan media.
Penyelaras media dan publisiti VPM, Noraini Hashim, berkata VPM bekerjasama dengan NGO antarabangsa dan telah menyertai konvoi melalui jalan darat, "A Global Lifeline to Gaza", untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan untuk menarik perhatian dunia bahawa Gaza masih lagi sepenuhnya di bawah sekatan Israel.



Beliau berkata, sukarelawan VPM telah menyaksikan sendiri kesan akibat kemusnahan dan kerosakan besar yang menimpa Gaza dan rakyatnya hidup dalam penderitaan akibat kemusnahan itu.



Dalam usaha membantu mengurangkan penderitaan itu, Noraini berkata VPM akan menanggung sejumlah projek di Gaza untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu menyediakan manfaat jangka panjang mampan.

Noraini berkata, VPM sangat mengalu-alukan sumbangan dari golongan korporat dan individu untuk membantu warga Palestin dengan membeli kerusi untuk jamuan amal itu atau membeli iklan dalam buku cenderamata.



Majlis penyampaian cek akan diadakan untuk penderma yang menyumbang lebih RM50,000.



Untuk butiran lanjut mengenai majlis amal itu boleh hubungi Azra Banu di talian 016-2094500 atau Norma Hashim di talian 012-2221222. - BERNAMA
Read more at www.bharian.com.my
 

Ulasan