PEGUAM CUAI - TANAH TERGADAI? Kes Mansor Lwn Azhar Ibrahim

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.



Tidak menghairankan Apabila PAS begitu YAKIN untuk melakukan serangan Peribadi kepada Tuan Azhar Ibrahim kita kerana ternyata Kes ini adalah dibawah kendalian penyokong PAS. Tahniah Diucapkan kepada PAS



Seterusnya , Melihatkan kepada fakta.

..."negligence" atau kecuaian peguam yang bertindak untuk Mansor, pemilik tanah. Firdaus [peguam] seharusnya memaklumkan kepada pihak Pentadbir Tanah bahawa anakguamnya Mansor sudah membuat bayaran dengan tujuan untuk menangguhkan prosedur lelongan...



Ternyata disini Tuan Azhar Ibrahim (Penolong Tadbir tanah) bukan hanya seorang yang terlibat didalam kes ini, tetapi sebenarnya ada lagi pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjalankan tugas untuk memberitahu kepada Pihak Pentadbir Tanah bagi membatalkan kuasa untuk melelong tanah tersebut.



Masihkah Azhar Ibrahim Akan didakwa ? Saya Rasa sangat tipis peluang.

Padanlah, Azhar Ibrahim Masih mampu tersenyum .



Teruskan Berjuang Kepada Tuan Azhar Ibrahim . Hari ini Kita akan menang besar.

Saturday, January 29, 2011

Modal kempen paling bangang pihak PAS dalam PRK DUN Tenang adalah apabila cuba menakut-nakutkan pengundi disini sekiranya calon BN, Tok Ai [Azahar Ibrahim] dipilih menjadi wakil rakyat, akan diadakan satu lagi pilihanraya kecil kerana Tok Ai sedang berdepan dengan satu kes Mahkamah.
Mengikut rekod, seorang individu bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat. Beliau telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai collateral [sebagai sandaran, beliau jadikan tanahnnya itu sebagai cagaran]
Ditakdirkan Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank dan istilah perbankan, beliau merupakan seorang defaulter dimana Bank perlu mengambil tindakan .
Menerusi prosedur biasa , pihak Bank akan mengeluarkan notis peringatan kepada 'chargor' [peminjam yang membuat cagaran/gadaian] untuk menyelesaikan segala hutang yang tertunggak dan sekiranya gagal..., pihak Bank tidak ada pilihan melainkan melelong harta tersebut bagi menyelesaikan amaun yang diberi pinjam.
Mansor masih gagal menjelaskan hutangnya walaupun sudah diberikan banyak peluang oleh pihak Bank. Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.
Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.
Maka disinilah hadirnya kemunculan Azahar Ibrahim... Beliau sebagai Assistant District Officer perlu bertindak bagi pihak Pentadbir Tanah untuk menguruskan segala hal berkaitan tanah yang didaftarkan dibawah Pejabat Daerah Segamat.
Tugas dan tanggungjawab Azahar ialah untuk menyiasat kedudukan sebenar status pemilik tanah, penggadai tanah, pemberi pinjaman dalam satu satunya proses Land Inquiry sebelum memutuskan tarikh lelongan awam [Public Auction]
Diwaktu yang sama, si peminjam telah membuat "arrangement" dengan pihak Bank untuk membayar RM10,000 dengan tujuan menangguhkan tindakan lelongan. Bayaran dibuat tetapi pihak Bank menerima dengan syarat "WITHOUT PREJUDICE" kerana jumlah tersebut hanyalah 25% daripada jumlah yang tertunggak. Maksud Without Prejudice dalam istilah perbankan ialah menerima tanpa menjejaskan..., bahasa mudah - bayaran tetap diterima tetapi tidak membatalkan sebarang tindakan undang undang yang sedang dijalankan...
Disinilah lahirnya "negligence" atau kecuaian peguam yang bertindak untuk Mansor, pemilik tanah. Firdaus [peguam] seharusnya memaklumkan kepada pihak Pentadbir Tanah bahawa anakguamnya Mansor sudah membuat bayaran dengan tujuan untuk menangguhkan prosedur lelongan...
Pejabat Tanah yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut telah meneruskan lelongan tanah Mansor pada hari yang telah ditetapkan.
Akhirnya tanah Mansor telah dilelong kerana KECUAIAN peguamnya [Ahlol PAS]
Tanah tersebut telah dibeli oleh seorang wanita. Diwaktu yang sama, Mansor tidak berpuas hati telah memfailkan rayuannya agar pihak Mahkamah membatalkan keputusan serta tindakan Pejabat Tanah.
Untuk melaksanakan proses tersebut, nama Azahar Ibrahim telah diseneraikan sebagai salah seorang defendan bersama sama dengan Pejabat Tanah Segamat..
Mahkamah mendapati memang berlaku sedikit 'miscoummnication' akibat kecuaian pihak peguam Mansor tidak memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bayaran yang telah dibuat dan memutuskan pihak Pentadbir Tanah tidak boleh melelong tanah tersebut, keputusannya ialah kembalikan tanah itu kepada Mansor dan pulangkan semula wang pemilik yang baru....
Pemilik baru juga merasakan tindakan undang undang perlu diambil terhadap Pejabat Tanah Segamat..! Seperti biasa, menurut prosedur tindakan guaman maka nama Azahar sebagai ADO turut dinamakan sebagai salah seorang defendan dalam proses pemilik tanah tersebut mengambil tindakan undang undang terhadap Pejabat Tanah Segamat.
Sekiranya diputuskan nanti kes memihak kepada wanita tersebut, Pejabat Tanah Segamat yang akan menanggung segala kerugian dalm tuntutan ini, BUKANnya Azahar Ibrahim...
Sekiranya Azahar Ibrahim ini merupakan kakitangan yang kurang cekap dan bermasalah.., kenapa sewaktu beliau ditukarkan [transfer] dari Pejabat Tanah Segamat ke Pejabat Daerah Kecil Rengit beliau telah diNAIKkan pangkat dari Gred 41 kepada Gred 44...??

Read more at medan-info-kita.blogspot.com
 

Ulasan