Blogger news

Posted by : Mahadi Mahbol Rabu, Januari 19, 2011

Najib Razak tidak mengetahui bagaimana Teoh Beng Hock Mati ? Apakah ini sebenarnya Permainan Politik Pakatan Rakyat bagi pengukuhan kuasa Mereka ?



Kami di Nadi Rakyat TIDAK berasa Hairan, kerana sepanjang Kami terlibat didalam pendedahan kebejatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat pelbagai usaha bagi penghapusan saksi dibuat.

bermula daripada Perlanggaran kenderaan Ustaz Saidi Hussin kemudian disusuli dengan Ugutan bunuh keatas Facebooker Azmy Awang Kelanajaya memperlihatkan sebenarnya Pakatan Rakyat mengamalkan politik ganas.

Sekiranya tidak , masakan pula ADUN selinsing, Drs Saipul Bahrin , hanya berani membuat pengakuan tidak berzina selepas daripada usaha penghapusan saksi ?

Kami yakin kami Nadi Rakyat berada dipihak yang benar .

Amplify’d from www.malaysiakini.com
PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.
“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”
NONE
Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

NONENamun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

“Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita.

“Jangan perjudikan masa depan kita. Pembangkang tidak boleh mentadbir negara ini,” kata Najib dengan berkobar-kabar sambil disambut tepukan gemuruh.

Najib turut menyindir hubungan parti dalam Pakatan Rakyat umpama "tidur sebantal, mimpi lain-lain".

"PAS ada cita-cita mahu negara Islam ala PAS, dan DAP nak negara sekular.

NONE"Mereka main mata, nak kalahkan BN... Mereka tidak boleh bersama, mereka main sandiwara politik. Kerjasama mereka rapuh," katanya.

Dengan sinis, beliau juga turut menyindir ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berjanji membentuk kabinet bayangan sebelum ini.

Namun, katanya selepas lebih dua tahun, masih belum ada kabinet bayangan yang dimaksudkan.

"Jangan cakap pasal kabinet, bayangnya pun tak boleh sebab takut nak bagi jawatan tertentu, (dan) tak ada persefahaman," katanya.

NONESebelum itu, Najib turut menyampaikan ucapan dalam majlis ramah mesra dengan kira-kira 500 pengundi India di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Labis.

Dalam ucapannya, beliau cuba memujuk kaum India bahawa undi mereka menjadi penentu kepada kekuatan BN.

"Kita bergantung kepada (undi) tuan-tuan untuk menang. Di Hulu Selangor kita berhempas pulas (untuk menang) tak kira siapa calonnya," katanya.

Selain itu, beliau turut menepis tanggapan bahawa Umno tidak menghormati kaum India.

NONESehubungan itu, beliau berharap kaum India tidak mudah mempercayai khabar angin bahawa parti itu mengetepikan kaum India.

"Itu tidak benar, kita hormat masyarakat India dan kita mahu kaum India maju seperti masyarakat yang lain," katanya sambil meminta pengundi kaum cina mengundi calon BN dalam pilihan raya kali ini.

Read more at www.malaysiakini.com
 

Popular Post

Blogger templates

Blog Archive

- Copyright © Perjalanan Mahadi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -