Ketuanan Rakyat Menyokong Pembebasan Gay?

Setelah sekian lama masyarakat di Malaysia memandang sinis didalam perjuangan pihak kebebasan orientasi Seksualiti LGBTI (Lesbian, Gay Bisexual, Transsexual &Incest)



Apabila pada kes Sodomi yang pertama diberikan perhatian sepenuhnya oleh media antarabangsa, Malaysia telah pun diletakkan sebagai negara yang menghalang orientasi seksual luar Tabie.



Dan perkara yang sama telah pun diingatkan kembali untuk kedua kalinya didalam nasihat perjalanan didalam Bardt Trevel Guidepada tahun 2009. dimana ianya tidak mencadangkan kepada pelancong yang berorientasi songsang untuk melancong di Malaysia.



Ramai lagi rakyat Malaysia TIDAK DAPAT MENERIMA ORIENTASI SEKS SONGSANG.

Thursday, January 13, 2011


Advocate adalah majalah gay antarabangsa yang paling lama di Amerika Syarikat, sejak 1967 lagi. Advocate yang menceritakan hal ehwal gay dan lesbian. Mengapa majalah Advocate itu perlu menulis berita berkaitan Anwar Ibrahim dalam majalah gay? Apakah ini satu pengiktirafan kepada status Anwar? Anwar juga ramai rakan di luar negara yang diragui statusnya, termasuklah ahli parlimen gay daripada Ausralia yang membela kes liwatnya. Mereka intim membela antara satu sama lain. Bila Wolfowitz bermasalah, Anwar tulis surat bela Wolfowitz. Seolah ada satu chemistry antara Anwar, Al Gore dan Wolfowitz yang menjadikan mereka begitu intim sekali (baca sini). Anwar juga intim dengan golongan yang halalkan lesbian (baca sini).

Dalam buku Borneo, keluaran Bradt Travel Guides (2009), ms 57 telah memberikan nasihat perjalanan untuk gay dan lesbian yang hendak datang ke Malaysia. Dengan mengambil kes Anwar Ibrahim dihukum kerana kesalahan liwat, majalah tersebut menasihatkan pelancong agar berhati-hati dengan undang-undang Malaysia yang akan menahan mereka yang berkelakuan gay atau lesbian. Sudah beberapa kali kes liwat Anwar ditangguh dan ditangguh. Lebih lama ditangguh, ianya akan melambatkan keadilan untuk mangsa yang terlibat. Mereka tertuduh dilihat lebih cenderung untuk lewatkan kes liwatnya? Ada agenda lain? Mengapa tidak ada satu debat untuk berbincang kenapa kes ini ditangguh begitu kerapa sekali? Pada awal tahun ini, khabarnya ada kegiatan gay yang dilindungi VIP. Siapakah VIP terbabit, ianya perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Read more at anginperubahan.blogspot.com
 

Ulasan