Keruh Air Kelantan lawan Syabas Air Jernih - TIADA SIAPA MAHU AIR KOTOR WALAUPUN MURAH

Rungutan Rakyat Kelantan yang semakin kedengaran di Facebook dan juga blog yang mana semakin jelas kedengaran pada hari ini apabila air yang dibekalkan kepada mereka yang berada dikawasan pedalaman dan luar bandar sangat tohor dan juga kualiti air yang dibekalkan tidak dapat menampung keperluan dan permintaan air di kelantan .

AIR MINUM DI KELANTAN!


Inilah rupa air minum kat Kelantan, ini pun kata makcik kedai tu kata dah bersih! Kadangkala warna dia lagi dasyat! Persoalannya sekarang ni wahai rakyat negeri Kelantan, sampai bila korang nak minum air macam ni? 
Perkara ini dipercayai berpunca daripada penyelewengan kontrak infrastruktur air kelantan yang berjumlah RM600 juta yang berlaku semenjak tahun 2007.
Dengan menyorot kembali kepada penyelewengan kepada kontrak pembaharuan infrastruktur air kelantan yang seperti yang dilaporkan pada Ogos 2007.
http://jiwokelate.wordpress.com/2007/08/21/air-kelantan-disiasat-bpr/

“Semakan juga dibuat di Pejabat Kewangan negeri yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran untuk projek itu. Sebahagian besar projek terbabit siap tahun lalu dengan pembayarannya sudah dibuat kepada pihak terbabit.

“Selepas mengumpul maklumat lengkap daripada dokumen yang dikumpulkan, kita akan pergi ke tapak projek untuk pemeriksaan lanjut dan BPR tidak akan teragak-agak untuk mengorek semula paip sebagai bukti berlaku penyelewengan,” katanya.

Awal Jun lalu, Berita Harian mendedahkan mengenai rungutan penduduk di Machang yang mengadu Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong bernilai RM65 juta, yang dibina di daerah itu gagal menyelesaikan masalah bekalan air mereka.

Antara lain penduduk mendakwa, LRA Merbau Chondong yang sepatutnya mampu membekalkan sehingga 45 juta liter air sehari, tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dua tangki simpanannya gagal menyalurkan air ke rumah, sekolah serta pejabat di kawasan itu.

Pembangunan Loji LRA ialah satu daripada tujuh komponen utama projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan, yang membabitkan kos keseluruhan RM600 juta dan dimulakan pada 2001.

Keseluruhan projek itu, yang membabitkan kerja menukar paip dan menaikkan taraf infrastruktur loji air di tujuh daerah, dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan, serta dikawal selia AKSB.
Antara kawasan yang terbabit ialah Machang, Gua Musang, Kota Bharu, Jeli dan Pasir Putih.

Kemarahan rakyat Kelantan yeng selama 20 tahun ini telah pun menaruh kepercayaan kepada kerajaan PAS kelantan kian terhakis apabila Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti Dan Alam Sekitar Negeri, Mej (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman telah pun mendedahkan didalam sidang DUN kelantan bahawa bekalan air bersih hanya akan dapat disalurkan ke seluruh rakyat kelantan pada tahun 2027. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

"InsyaAllah pada 2027 seluruh Kelantan akan mendapat bekalan air bersih sepenuhnya," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Kemarahan Rakyat kelantan akibat daripada kegagalan kerajaan negeri didalam menyampaikan Bekalan air kepada seluruh Rakyat Kelantan Kian bertambah. Derita mereka dengan kerajaan PAS kelantan yang hanya mementingkan nama disebalik penjenamaan "Tarif air yang murah" ternyata membawa kesan pada kesucian perjuangan PAS yang dengan angkuh dan lantang berjanji diatas Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-
“Manusia berkongsi tiga perkara (iaitu) air, rumput dan api...” (Hadith Sahih)
Mengapa pula mereka perlu menunggu sehingga tahun 2027 untuk memperolehi air yang bersih?

Kejayaan Syabas meningkatkan Kualiti Bekalan Air di Selangor Dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

http://www.syabas.com.my/maincorp.php?pg_post=2&pg_id=1&menu_id=1

It is anticipated that the State of Selangor Darul Ehsan and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya will continue to be a centre of economic growth and thereby, the water demand in the states would continue to grow steadily. The current situation also provides opportunities for the PNHB Group to enhance the overall efficiency of the water industry in particular to reduce the high non-revenue water losses level and uplift the standard of service. 

In line with its 'Customers' First' Policy, SYABAS has set up a Customer Service Centre, PUSPEL to better service the consumers. PUSPEL is operational 24-hours and receives, manages, and resolves all consumers' complaints and queries in relation to water supply, water quality, water bills, water disruptions, etc. Consumers can either contact PUSPEL at the toll free line 1-800-88-5252 or send their complaints and enquiries via fax to 03-2295 5168 or e-mail to puspel@syabas.com.my or send a short messaging service ("SMS") to SYABAS by typing PUSPEL< space >< complaints/enquiries > to 39222.

Ternyata disini, Syabas telah pun melakukan perkara yang sewajarnya bagi meningkat mutu dan juga kualiti bekalan air dengan melakukan pelbagai usaha SECARA BERTERUSAN tanpa mengharapkan asumbangan dana dan juga bantuan dari pihak kerajaan. Dengan usaha istiqamah yang berterusan dapat memberikan perkhidmatan air kepada negeri selangor dengan penuh berkualiti pada setiap masa.

Sepanjang 5 tahun Syabas berusaha untuk meningkatkan kualiti air bekalan air dikawasan lembah kelang dan Selangor, Kini timbul pula persoalan lain yang menarik dimana KERAJAAN SELANGOR TIDAK PERNAH MEMBAYAR TUNGAKAN RM 471 JUTA SETAHUN seperti yang pernah dijanjikan ketika pemberian tarif air percuma pada setiap bulan !

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Syabas tuntut tunggakan hutang pampasan lebih RM471 juta

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Negeri Selangor supaya tunggakan hutang selama setahun berjumlah RM471,642,916 dibayar dengan serta-merta.

Syabas dalam permohonannya menyatakan, melalui perjanjian antara syarikat tersebut, Kerajaan Malaysia dan defendan itu, plaintif telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma dalam perjanjian itu.

Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, plaintif telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan untuk menyokong permohonan mereka menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada RM1.39/m3 kepada tarif yang dipersetujui RM1.89/m3 untuk tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Namun defendan telah gagal memaklumkan plaintif sama ada defendan bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif yang dipersetujui atau sebaliknya.

Syabas menyatakan, walaupun tarif dipersetujui telah ditentukan mengikut peruntukan perjanjian konsesi tersebut namun defendan tidak menerbitkannya dalam warta sebelum permulaan tempoh operasi ketiga.

Sehubungan itu, plaintif berpendapat syarikat itu berhak mendapat pampasan daripada defendan kerana pewartaan tarif dipersetujui sebagai tarif diwartakan telah ditangguhkan.

Bagi tujuan tersebut, menurut plaintif, pihaknya telah menghantar surat kepada defendan namun gagal mendapatkan sebarang maklum balas yang memuaskan.
Melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu, Syabas mendakwa, pihaknya telah menuntut supaya defendan membayar tunggakan tersebut namun balasan yang diterima menunjukkan kerajaan negeri gagal, enggan atau mengabaikan perkara berkenaan.
Sementara itu, afidavit balasan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketika itu, Datuk Ramli Mahmud menyatakan, menerusi pelbagai perbincangan yang diadakan, Kerajaan Negeri Selangor telah secara jelas memaklumkan kepada Syabas mengenai bantahan kenaikan tarif semasa yang diwartakan.
Menurutnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) dan Kumpulan Perangsang (KPS) melalui pengarah-pengarahnya yang mewakili kerajaan negeri tersebut sebagai pemegang 30 peratus kepentingan dalam Syabas telah berulang kali menyatakan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk menuruti permintaan Syabas.

Kuasa Menteri Besar Kelantan didalam pengambilalihan Air di Kelantan.

Apabila meneliti semula bicara rakan blogger RBF mengenai bagaimana kepimpinan PAS kelantan melepas pandang mengenai perkara ini pada ketika penswastaan utiliti milik negeri. 
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/10/kelantan-rugi-rm-100j-akibat-kelemahan.html
Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan. Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30 %.

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa ? sudah diswastakan pun masih tak berubah. Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.

Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.

Inilah contoh kecerdikan Pas yang saya nak beritahu. Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan. Selepas tandatangan baru dia sedar yang dia kena tipu. Cerdik kan ?

Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70 % dengan nilai RM 50 juta.

Selama empat tahun perkara itu berlarutan, maka pada tahun 1999 iaitu beberapa bulan sebelum pru ke 10 kerana takut mereka menerima kesan teruk dalam pru tersebut, Kerajaan Kelantan telah membeli saham-saham Thames Water yang bernilai RM 50 juta.
RM 50 juta duit melayang kerana kelalaian dan kelemahan seorang MB dari Pas. Mereka terpaksa bayar balik kepada orang asing untuk mendapat harta mereka. Hebat sungguh Pas... 

Apabila melihat Hujah yang diberikan berserta kepada pembuktian yang diberikan 
http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12485&Itemid=460
KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu kerajaan negeri tidak pernah membayar ganti rugi kepada Thames Water Sdn Bhd (Thames) semasa pengambilalihannya pada 1999 tetapi sebaliknya membeli pegangan saham milik syarikat dari Britain itu. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata sebaliknya kerajaan negeri hanya membayar pegangan saham syarikat asing itu sebanyak 70 peratus yang bernilai RM50 juta. "Ketika itu kerugian terkumpul Thames ketika menguruskan air di Kelantan berjumlah RM54 juta. "Selepas pengambilalihan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd, keuntungan terkumpul sehingga 2007 adalah RM1.5 juta," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor). 

Disini sebenarnya memperlihatkan bahawa , Kerajaan Negeri Pakatan rakyat pada kebiasaannya menafikan tindakan mereka dalam sebarang tindakan yang berada didalam kawalan kuasa mereka , Sangat musykil sekiranya kerajaan sebegini yang dilabelkan sebagai kerajan bertangungjawab. oleh rakyat.

Relativiti berkaitan dengan Pengambilalihan Utiliti Air di Selangor. 

Sebenarnya, Tindakan pengambilalihan Syabas sebenarnya sebagai suatu usaha untuk merampas usaha Syabas sebuah entiti perniagaan kerajaan oleh rejim komunis pakatan rakyat diatas nama "corporate exercise" yang mana disini, dengan mengambil contoh "corporate exercise" yang telah dibuat oleh kerajaan PAS kelantan telah diadaptasi secara sepenuhnya dijangkakan bakal mengundang kepada beberapa implikasi serius kepada bekalan air di Selangor seperti


1. Pengabaian secara nyata kepada elemen penyelenggaraan utiliti serta kualiti air yang sangat keruh dan tidak selamat untuk digunakan untuk keperluan minuman harian rakyat Di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
2. Menganggu usaha bagi memastikan bekalan air yang sentiasa mencukupi bagi menampung pertambahan populasi penduduk dikawasan pembangunan Greater KL yang dijangkakan akan bertambah kepada 6 Juta orang pada tahun 2020. 
3. Akan berlaku penyelewengan kepada projek-projek program baikpulih infrastruktur bekalan yang rosak dalam masa akan datang yang diakibatkan oleh pengabaian yang sengaja didalam kualiti bekalan air yang telah disalurkan kepada pengguna.


Dengan melihatkan kepada bagaimanakah dengan mudahnya penafian yang dibuat tanpa segan silunya oleh Media Pakatan Rakyat mengenai perkara yang telah pun nyata telah berlaku dibawah kuasa menteri besar kelantan yang mana diterajui oleh PAS , Ramai rakyat kelantan khususnya percaya bahawa perkara yang sebegini akan berlaku dan berulang di negeri selangor. Masakan tidak, kerana bekalan air yang tidak sempurna , kita dapat melihat ramai anak negeri kelantan yang SANGGUP BERMASTAUTIN dinegeri lain. 

TIADA SIAPA YANG MAHU MEMBAYAR AIR KOTOR WALAUPUN MURAH.
Amplifyd from www.harakahdaily.net
Dzulfikar Mashoor   
Seperti di Kelantan, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) pada 25 Februari 1995 menyerahkan konsesi pengurusan air pada Syarikat Thames Water (STW) demi menangani masalah berbangkit sejak Umno memerintah kerajaan negeri itu lagi.
Tetapi, dengan pegangan ekuiti 70 peratus dalam Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), syarikat milikan British itu masih menguasai air secara mutlak.
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kemudiannya mahu kemudahan air ini kembali dinikmati oleh rakyat secara damai dan murah.
Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri diarahkan menyelesaikan masalah penswastaan air di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) tidak boleh menguasai 30 peratus ekuiti saham semata-mata. Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu wajar menguasai lebih dari itu.
Demi menjadikan air ini nadi rakyat, sebanyak RM50 juta dana kerajaan negeri terpaksa dikeluarkan untuk menebus keseluruhan ekuiti Syarikat Thames Water supaya air kembali menjadi nadi hidup rakyat.
“Penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua,” tegasnya dalam Seminar K-Ekonomi di Hilton Hotel, Subang Jaya.
Kesempatan memerintah negeri Selangor, dikatakan idea Husam menstruktur semula pengurusan air Kelantan dipanjangkan dalam  agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat turut menyimpan cita-cita mahu membeli keseluruhan ekuiti Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan beberapa syarikat air swasta yang lain.
Mereka yang terbabit dikatakan bimbang, penstrukturan semula itu mengakibatkan kuasa menguruskan perkhidmatan air negeri jatuh ke tangan mereka yang  ‘tidak cukup Melayu’.
Atau lebih parah sekiranya konsesi air itu diuruskan oleh seorang pengurusan yang baru, yang nyata mampu menawarkan tarif air yang jauh lebih rendah dari apa yang dinikmati sekarang.
Walhal, nikmat air di sisi Islam adalah barang keperluan yang tidak boleh diperdagangkan secara komersial. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-
“Manusia berkongsi tiga perkara (iaitu) air, rumput dan api...” (Hadith Sahih)
Sebab itulah, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “...Supaya perbendaharaan negara tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya dalam kalangan kamu (rakyat)...” (Surah al-Hasyr: 7)
“AIR NADI RAKYAT, SAMBUT SERUAN ALLAH, TOLAK PEMIMPIN KHIANAT”
Read more at www.harakahdaily.net

Ulasan