Kemunculan KITA , Liberalis tidak mendapat tempat dalam politik ?

Melihat kepada Barisan liberais yang berada didalam politik kita, kebanyakkan nya diantara pengkhianat-pengkhianat yang tidak mendapat tempet didalam perjuangan parti masing masing , diantaranya Zaid Ibrahim yang mana telah merosakkan kepercayaan umat islam negara ini didalam perencanaan idealisme pluralisme yang telah pun berjaya merosakkan keharmonian beragama didalam negara kita.



Ternyata disini, walaupun berjaya mengambil alih Angkatan Keadilan Islam (AKIM) beliau lebih suka untuk megubahnya mengikut kepada persepsi sendiri agar kelihatan sesuai dengan jiwa liberalisnya. serta kelihatan muka-muka perosak keharmonian negara ini didalam parti yang baru ini.



Biar pun di Hulu Selangor , Pelbagai usaha yan dibuat oleh PAS didalam usaha menyuci bersihkan beliau dari imej pendukung utama pluralisme, tetapi sebenarnya ianya masih gagal mengekang kehendak dan jati diri pemuka pluralisme ini. PAS telah melakukan usaha yang sia sia dalam usaha ini .



Adakah sebenarnya yang akan ditawrkan oleh KITA didalam politik tanah air ? adakah asih berkisarkan politik carcamarba globalisasi dunia ? Adakah ini merupakan inisiatif Drama King PKR bagi mengukuhkan tampuk kuasa mereka ?



Persoalan yang masih terbuku untuk dijawab dan aka terdedah dalam sedikit masa lagi .

Amplify’d from www.malaysiakini.com
Parti dirasmi: KITA tidak lagi berseorangan
Regina Lee
Jan 19, 11
11:03am
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

NONEAntara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

[Berita penuh menyusul]
Read more at www.malaysiakini.com
 

Ulasan