Jenazah di sempurnakan hanya untuk Niat Politik PAS ? Ikhlaskah Perbuatan Mereka ?

Menurut Maklumat yang diterima daripada Tenang, Siren telah pun dibunyikan pada Jam 530 pagi dan pihak masjid telah pun menyiapkan keperluan yang sewajarnya bagi pengebumian Allahyarham , TETAPI, Pihak PAS Pahang yang mana secara kebetulan telah pun berada beriktikaf di masjid pada ketika itu telah pun secara SUKARELA menghulurkan bantuan untuk menguruskan jenazah.

Dan , Masih berdasaran Maklumat yang diterima, Jenazah tersebut TELAH DIURUSKAN sebelum ketibaan YAB Perdana Menteri , Sebelum Majlis tersebut berlangsung !

Tetapi, apabila melihatkan kenyataan yang dibuat oleh DUN Sungai Abong , DrSheikh Ibrahim , memperlihatkan PAS SENGAJA MEMPOLITIKKAN ISU pengurusan jenazah ini untuk menaikkan POLITICAL MILAGE mereka semata mata di DUN tenang. dengan menyatakan bahawa PAS lebih baik dari segi Isu tempatan yang seharusnya dibuat oleh mereka yang bermukim di kawasan tersebut.

Seperti biasa pada mana mana PRK, PAS telah mendominasi di segala ceruk Masjid dan surau yang mana dapat mereka tumpangi secara percuma diatas alasan bermusafir juga diatas alasan tersebut , mereka perlu menyempurnakan urusan pengurusan jenazah dengan segara, kerana merekaperlukan ruang rehat yang secukupnya bagi jentera jentera mereka yang datang berkempen di DUN tenang pada edisi pilihanraya kali ini.

Tahniah diucapkan kepada PAS PAHANG diatas usaha murni mereka pada beberapa hari pertama kempen mereka di Tenang. Tetapi , Tidakkah kita terlupa apa yang telah pun berlaku di PRK Hulu Selangor dimana Terdapat penyokon PAS yang tidak memerlihara kemurnian Masjid , berpakaian tidak menutup aurat didalam Masjid?

Pada Pilihanraya Kecil DUN Hulu Selangor pada tahun lepas , melihatkan kebejatan yang telah pun dibuat oleh penyokong PAS ketika mereka beriktikaf didalam Masjid. Berpakaian yang tidak sopan hanya sekadar bertuala, berada didalam ruangan solat Utama.Disini kita telah pun melihat bahawa mereka ingin membuat tindakan yang berupa DAMAGE CONTROL kepada apa yang telah pun mereka buat di Hulu Selangor pada tahun lepas.

Ternyata, Pas Hanya sekadar melakukan perlindungan kepada kerosakan yang telah mereka buat , dan hanya mahu menyucikan dosa seperti apa yang telah pun mereka buat di PRK hulu Selangor yang mana Zaid Ibrahim konon kononnya telah pun "dibersihkan" Dosanya oleh kepimpinan PAS dengan melakukan Solat Hajat Secara besar besaran Di Stadium Kuala Kubu Bharu.

PAS terpaksa menggigit jari apabila Zaid Ibrahim meninggalkan PKR dan juga beralih arah mensekularkan Perjuangan AKIM (Angkatan KEADILAN Insan Malaysia) menjadi KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air ) yang mana menerima perjuangan sekular yang mendukung perjuangan Pluralisme beragama yang lambat laun akan mengubah persepsi masyarakat kepada keharmonian beragama menjadi kepada ajaran yang menyamaratakan Semua tuhan adalah sama.

Masih Relatifkan Perjuanagn Pakatan Rakyat Untuk Rakyat Malaysia ?

Fikir-fikirkan lah ..
Amplify’d from www.harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya.
Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno.
"Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Read more at www.harakahdaily.net

Ulasan

Mahadi Bin Mahbol berkata…
Percubaan menggunakan disqus