Jangan Hina Sultan dan Raja Melayu , Siapa Hina Raja Melayu ?


"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.” - Anwar Ibrahim

Mungkin DSAI telah pun terlepas pandang kepada Ucapan Tun Mahathir Didalam Ucapan PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993



Pada Perenggan pertama Dato seri Dr Mahathir telah pun menerangkan dengan perperinci mengapa perkara perlembagaan tersebut perlu dibuat.


Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya.

Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan.



Kenyataan tersebut telah pun dibuat 17 tahun yang lepas, bukannya semalam ! Saya sangat yakin bahawa National Endowment for Democracy yang selama ini berada dibelakang gerakan reformasi DSAI pun sangat menyokong perkara ini , Begitu juga Socialist International yang selama ini berada pada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pun dimana Karpal Singh, dan Lim Kit Siang telah menyokong usaha ini semenjak dari awal lagi.

Kebanyakan daripada sistem raja berperlembagaan didunia seperti pemerintahan Minarki di Jepun dan juga di Britain sendiri mengamalkan dasar pengasingan kuasa. Sebuah sebuah persekutuan yang berbilang kaum serta disertai oleh pelbagai negeri yang berdaulat maka sewajarnya satu keseimbangan kuasa perlu wujud pada pentadbiran negara yang dapat memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak.



Manakala Pada perenggan ke-3 pula Memberikan Pilihan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak meminda sebelum perlaksanaan.



3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:

* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau

* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.



Jika dilihat kepada perkara ketiga dalam ucapan perbahasan tersebut, melihatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Masih lagi mempunyai Kuasa untuk menolak cadangan rang undang undang dengan Cadangan pindaan untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen. Sebenarnya perkara ini menterjemahkan Prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen secara TOTAL dimana Yang Dipertuan Agong berkuasa diatas perlembagaan , dan demokrasi berparlimen dimana wakil wakil rakyat yang bersuara untuk menjamin kesaksamaan kepada rakyat.



"Dengan Pengubahsuaian atau Tidak"



4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.

5. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap Rang Undang-Undang berkenaan adalah hasil daripada beberapa perbincangan di antara pihak Kerajaan dengan pihak Raja-Raja.Pengubahsuaian ini disyorkan demi memperkemaskan undang- undang berkenaan dan menjaga kehormatan Raja-Raja.



Apabila melihatkan kepada Perkara 4 dalam ucapan tersebut, pada mana-mana rang undang-undang yang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong akan dipertimbangkan semula oleh Parlimen dan juga akan dibuat perbahasan mengenai Perkara ini samaada ianya akan membawa kepentingan kepada rakyat atau pun tidak.

Disini sebenarnya , Yang di-Pertuan Agong mempunyai ruang untuk memimpin rakyat dengan memberikan cadangan yang baik didalam meminda apa jua rang undang undang yang berkaitan dengan kepentingan rakyat jelata.

Disini kepentingan Rakyat diutamakan, Tiada kepentingan Rakyat yang dipinggirkan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana Yang di-Pertuan Agong akan bertindak melindungi hak rakyat, dan juga tiada kepentingan peribadi Yang dipertuan Agong akan menyebabkan salah guna kuasa sebagai Yang di-Pertuan Agong yang akan memperlihatkan autokrasi didalam pemerintahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Disini, Hak dan keistimewaan rakyat seperti mana yang telah ditetapkan didalam Perlembagaan Persekutuan dapat dibela sepenuhnya.



Perlindungan kepada Keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.



Keistimewaan orang Melayu sebenarnya mempunyai susur galur sejarah yang jitu sehinggakan ia diabsahkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Keistimewaan orang Melayu itu juga sebenarnya tidak menghalang hak kaum lain berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Inilah toleransi yang dicapai antara kaum di kalangan pemimpin pelbagai kaum di Malaysia. Kontrak sosial yang dicapai antara kaum sebelum merdeka sering dilupai sehingga menuntut Raja-Raja Melayu mengingatkan kita.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, kedudukan istimewa Islam dan Raja-Raja Melayu terletak di tempat tinggi sehinggakan peruntukan Perlembagaan berhubung perkara ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat sokongan dua pertiga Parlimen.

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh diluluskan pindaannya tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Ini bermakna sebarang hasrat yang ingin diusulkan bagi meminda perkara tertentu mestilah terlebih dulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentang di Parlimen. Perkara 159 ini bukan saja menghalang pindaan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan tanpa terlebih dulu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, apatah lagi sekiranya langsung tidak menghiraukan ataupun melanggar peruntukan Perlembagaan.



Siapa Sebenarnya Menghina Sultan ?



Apabila DSAI membuat Pengakuan Beliau didalam Malaysia Kini beliau TELAH MENGAKUI PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG SEBAGAI KETUA PERUNDING.

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

"Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya.



Adakah sebagai Pemimpin yang dikatakan mempunyai sepenuh kewarasan fikiran tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk ? Tidakkah pada kebiasaannya pemimpin yang melakarkan strategi kepada hala tuju kepada tindakan pasukannya?

Disini melihatkan bahawa sikap baling batu sembunyi tangan pada pemimpin yang diletakkan sebagai "kurniaan tuhan".

Apabila dikatakan pemimpin UMNO yang memperkecilkan peranan sultan dan raja raja melayu, Siapa yang bertanggung jawab melakar strategi rundingan pada waktu itu ?

Tidakkah DSAI bertanggung jawab diatas didalam urusan melakar strategi perundingan pada ketika itu ?

Nampaknya akan belaku penafian yang sangat ketara selepas ini.



Baiklah Sekiranya dasar kemanusiaan yang dijadikan sebagai dasar Chin Peng kembali ke tanah air , Adakah Ada pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekacauan dan huru hara yang akan mengorbankan jiwa ? Jadinya, siapa pula yang menjadi Antek kepada Neo-communisme ?



Jangan pula kita kupa bahawa komunisme yang penuh dengan revolusi yang mana kebanyakan sejarah dunia telah diwarnai dengan merah darah dengan membawa kembali komunis chin peng yang hanya meletakkan senjata tetapi bukan ideologi mereka untuk kembali pulang dan bertapak kembali di Malaysia.



Klip Video ini mempunyai Jawapannya.

http://www.youtube.com/watch?v=XFjAwpuyYuc



Sosialisme bibit pemerintahan tirai besi komunis.



Jadinya, Lebih baik menunjukkan tanggung jawab kepada setiap tindakan yang telah dibuat. jangan hanya menunding jari menyalahkan keadaan, budaya , pemikiran dan sebagainya.

Dalam masa 17 tahun yang telah pun berlaku banyak perubahan yang mana membawa kepada perubahan transformasi kepada kerajaan kita pada hari ini. Ternyata Barisan Nasional telah dan akan terus memacu budaya transformasi kepada Rakyat Malaysia.
Amplify’d from www.malaysiakini.com
Anwar: Hentikan label 'penderhaka'
Aidila Razak
Jan 25, 11
6:46pm
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka.
"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.
"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”
anwar keadilan network launch 230111
Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.

"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.

"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

NONE"Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

"Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengulangi cabaran debat ekonomi, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, khususnya mengenai rancangan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar.
Read more at www.malaysiakini.com

Ulasan