Hindraf dan BERSIH tidak bertanggungjawab pada setiap patah perkataan mereka, Pakatan Rakyat?

Tidak disangka pula dapat melihat mereka yang sebelum ini kelihatan berani menyarakan pendapat mereka tidak sanggup pun menanggung beban akibat daripada setiap patah perkataan kesat , yang penuh dengan caci maki nista yang telah mereka tuturkan didalam menyemarakkan prejudis perkauman kepada semua pihak yang telah terlibat didalam pertarungan perjuangan mereka .

Bagaimana pula dengan rakan karib mereka yang telah pun sama sama terlibat dalam Gerakan BERSIH ? Kelihatan kini mereka pula yang menaburkan yang menabur pelbagai janji manis menawarkan dunia baru dalam tempoh segera, adakah janji janji mereka akan dipatuhi?

Atau akan ditinggalkan begitu sahaja seperti Penafian kepada setiap patah kata yang mereka telah mereka ucapkan setelah setiap patah kata itu menjadi pemusnah harta benda milik orang lain dan menambahkan rasa benci kepada kaum lain yang berlainan warna kulit.

Ternyata disini Mereka tidak mempunyai sikap bertanggungjawab. Sebelum mereka membiarkan kita menjadi lebih dhaif , terkontang kanting dengan penuh kesengsaraan apabila kerajaan kita serahkan kepada mereka. Bagaimana pula jika mereka memegang janji ? Ramai diantara kalian yang tidak pasti apa ikhtiar lagi boleh dibuat bagi mereka yang tidak berpegang kepada janji.
Amplify’d from www.utusan.com.my







Mahkamah batal rayuan aktivis Hindraf

Mahkamah batal rayuan aktivis Hindraf


17/01/2011 5:12pm


PUTRAJAYA 17 Jan. - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan tiga aktivis, yang menggelarkan diri mereka Hindu Rights Action Force (Hindraf), berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan pertuduhan menghasut terhadap mereka.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff serta Datuk Seri Md Raus Sharif, membuat keputusan itu sebulat suara selepas memutuskan mahkamah berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut kerana ia bermula di Mahkamah Sesyen.

Prosiding kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, berakhir di Mahkamah Rayuan.

P. Uthayakumar, 49, adiknya P. Waytha Moorthy, 44, dan V. Ganabatirau, 37, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menghasut orang ramai melalui ucapan mereka dalam bahasa Tamil di sebuah restoran di Batang Berjuntai, Selangor antara 8.30 malam dan 11.15 malam, pada 16 November 2007. - Bernama



Read more at www.utusan.com.my

Ulasan