Harakah Daily KEPANASAN dengan Pendedahan yang dibuat oleh Nadi Rakyat?


Tidak menyangka pula Pendedahan yang telah dibuat oleh Nadi Rakyat telah menyebabkan Harakah Daily, PAS dan Pakatan Rakyat mula terancam sehingga Bermula daripada Pendedahan Salah Laku Seks ADUN PAS KELANTAN yang mereka lindungi sehingga ke hari ini tanpa sebarang pendakwaan kepada saksi utama kejadian yang telah pun dilanggar lari serta UGUTAN BUNUH kepada Sdr. Azmy Awang KelanaJaya sebelum ADUN SELISING berani mengeluarkan kenyataan balas mengenai "Isu Gerabak Keretapi" pada 24 Disember yang lalu.

Sehingga kini, PAS dan Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat kerajaan kerajaan negeri dan juga kepimpinan pusat pakatan rakyat menyerang bertalu talu dengan bersenjatakan Perbuatan tindakan fizikal, melafazkan UGUTAN BUNUH, dan menyampaikan kesayuan "Ratapan Tangisan Doa orang yang teraniaya" masih lagi dalam keadaan SELESA dengan keadaan sebegini rupa.
Seperti pada kebiasaannya, mereka di barisan Pakatan Rakyat masih lagi menyangka bahawa Blogger-blogger dan RATUSAN Facebooker daripada Nadi Rakyat yang bergerak secara sukarela dan bersendirian akan berasa TAKUT & GENTAR dengan segala ancaman yang berlaku Secara Fizikal dan juga Mental melalui kaedah Penyeksaan Penyucian Minda (Brainwash Torture) secara terbuka didalam halus bagi menghalang usaha kami mendedahkan Ribuan kes-kes penyelewengan, Salah laku serta pelbagai lagi perkara perkara yang berada diluar tabei kehidupan sebagai seorang khalifah Allah diatas muka bumi ini.

Kami di Nadi Rakyat pada ketika ini dapat melawan dengan antidot virus racun yang merosakkan segala usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat didalam menghalang kami mendedahkan kebenaran.

Mungkin kepada anda yang berada dibarisan penerangan dan dakyah siasah pakatan rakyat masih lagi berasa selesa dengan penggunaan teknik mencuri kredit dan menyampaian maklumat separa benar yang dibuat Seperti kenyataan apabila JENAZAH TELAH SIAP DIURUSKAN AWAL SEBELUM KEDATANGAN PERDANA MENTERI di Felda Tenang.

http://mahadimahbol.blogspot.com/2011/01/jenazah-di-sempurnakan-hanya-untuk-niat.html

Malahan kini Ribuan Pengundi di Tenang dapat memastikan sendiri dihadapan mata kasar mereka bahawa "Fenomena Mayat Bergelimpangan" sedang berlaku di kebanyakan masjid dikawasan tenang sesudah waktu subuh dan Zohor.(Dijamin selepas ini akan keluar gambar Masjid Masjid yang bersih dalam Harakah.Nak tutup ceritalah Konon kononnya...)

Apabila ada diantara penyokong-penyokong tegar di pihak pakatan rakyat bertanyakan kesahihan sumber mengenai maklumat yang kami perolehi. Kami Masih dapat tersenyum, kerana BUKAN SEMUA AHLI PAKATAN RAKYAT samaada diperingkat bawahan, mahupun diperingkat majlis kepimpinan tertinggi dapat menahan gelojak hati untuk menyimpan segala belang-belang rakus kebinatangan yang berada didalam Pakatan Rakyat. Malahan , Kami juga SENTIASA MENDAPAT SECARA PERCUMA Maklumat-maklumat dalaman diperingkat tertinggi kepimpinan Pakatan Rakyat yang DAPAT DISAHIHKAN DENGAN KEPASTIAN PENUH..

Kami sangat bernasib baik didalam pendedahan ADUN SELISING, Kami mempunyai SAKSI yang berada pada masa kejadian, Daripada Ustaz Saidi dan juga BEKAS suami kepada Kak "Nah".

Bagi Saksi pertuduhan kepada CALON TENANG? Identiti beliau TERPAKSA DIRAHSIAKAN DIATAS SEBAB KESELAMATAN. Kita telah pun melihat bagaimana Sdr Azmy Awang kelana Jaya telah pun diugut akibat pendedahan beliau keatas ADUN SELISING . Dan Bagai mana Ustaz SAIDI dilanggar dengan teruk di Bahagian pemandu kereta ? KEGAGALAN Pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat didalam menahan amarah yang penuh ketaksuban sendiri menjadikan kami terpaksa merahsiakan identiti pelapor tersebut sebelum ianya MENJADI MANGSA KEKEJAMAN PENGHAPUSAN SAKSI yang berlegar dalam senario politik Pakatan Rakyat.

Dan sekarang, Blogger Papa Gomo pula mencabar ADUN SELISING untuk mendakwa SAKSI UTAMA KAMI, Ustaz Saidi. Apakah Jawapan Ustaz Saidi . Masihkah ANGKUH SEPERTI NAMRUD ? RAKYAT HANYA MELIHAT ....

http://www.papagomo.com/2011/01/zinaman-18-sx-nah-ini-bukti-bergambar.html

Penafian secara publisiti belum tentu lagi dapat menafikan mata ribuan rakyat yang terlibat. begitulah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Berfikir lah sebelum percayakan mereka.

Apa Khabar Pula ADUN PERUPOK Haji Omar? Dah Menyerah Kalah ?
http://mahadimahbol.blogspot.com/2011/01/adun-perupok-menyerah-kalah-akibat.html

Kita masih lagi menunggu ...

Amplify’d from www.harakahdaily.net


Harakahdaily
  
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.
Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.
Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.
Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.
Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia  adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.
Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan.
KLToday.com melaporkan beliau mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.
Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.
See more at www.harakahdaily.net

Ulasan