GAGAL - MB Rejim Korporat Selangor Terus Menipu Rakyat

Menyangka dengan imej mulia Menteri Besar berkebajikan dapat melindungi kuku besi bekas ketua pegawai eksekutif syarikat berkepentingan kerajaan suatu masa dahulu ternyata rakyat selangor sedang di pergunakan persepsi dengan di gula-gulakan dengan janji kebajikan rakyat oleh mereka yang berkepakaran tinggi didalam rejim penyusunan korporat.

Kasihan kepada Rakyat selangor kian terheret dengan polemik penyusunan korporat yang menindas rakyat selangor berpendapatan rendah yang hanya mampu tinggal di rumah rumah flat dimana meter air pukal digunakan.

Akhirnya subsidi air tidak sampai kepada kumpulan sasar berpendapatan randah.

Amplify’d from umno-online.com

Gagal Penuhi Janji Air Percuma, MB Selangor Terus Berdolak Dalik

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang, Anuar Basiran berkata,  amat meletihkan kalau kita terpaksa berurusan dengan seorang Menteri Besar yang suka bercakap perkara yang mengelirukan rakyat dari bercakap tentang fakta dan kebenaran. Untuk mengelakkan kegagalan melaksanakan janji-janji mereka pada PRU yang lalu, kerajaan negeri menyalahkan Syabas dan Kerajaan Persekutuan, kononnya bersekongkol menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014.

“Mungkin ketika berjanji semasa kempen pilihan raya umum ke 12 lalu tentang air percuma, parti mereka sendiri tidak yakin akan menang. Jadi berjanjilah apa saja yang penting janji dahulu laksana fikir kemudian. Namun rakyat yang terkeliru dan termakan dengan janji mereka telah memberi kemenangan pada Pakatan Rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas isu Kerajaan Negeri yang berdolak-dalik dalam menunaikan janji air percuma kepada rakyat Selangor

Tambahnya, mereka yang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara dan negeri ini jadi kelam kabut untuk memenuhi janji mereka termasuk pemberian air percuma. Ketika itu mereka tidak melihat tentang pengguna-pengguna meter pukal dan hari ini setelah masalah itu berlarutan kesalahan itu dihala kepada Syabas dan kerajaan Persekutuan.

“Persoalan disini, kerajaan negeri selalu melaungkan usaha mahu membantu rakyat. Kita tidak pasti apa helah MB tetapi yang pasti dan jelas MB mahu menekan Syabas kerana agenda politik dan perniagaan tanpa mereka sedar yang di “seksa” adalah rakyat Selangor sendiri.

Menteri Besar terus berkokok dengan menuduh Syabas dan Kerajaan Persekutuan bersekongkol menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014. Sedangkan kerajaan Negeri Selangor mengatakan melalui pakar mereka telah membuat kajian bahawa krisis air di Lembah Klang akan berlaku pada 2019. Persoalannya, yang membezakan antara 2014 dan 2019 hanya jarak lima tahun. Tapi topiknya tetap sama, iaitu Lembah Klang akan mengalami kriris jika tidak ditangani dengan bijak oleh semua pihak,” ujarnya yang juga Pengerusi Pertubuhan 4 Justice. – MediaUMNO

Read more at umno-online.com
 

Ulasan