DUN Pakatan Rakyat Selangor Menuruti Amalan Sistem Komenwel? - GAPS Bertindak

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim menggunakan kuasa mengikut Peraturan Tetap Mesyuarat 10 (3) yang lazim dilakukan dalam persidangan dewan negara-negara Komanwel sebenarnya melambangkan bahawa Pakatan Rakyat mengenepikan keluhuran Undang Undang Selangor, Malahan tunduk kepada amalan penjajah british .

Jika sebelum ini, Pakatan Rakyat Selangor telah pun melaung-laungkan dakwaan bahawa perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan penjajahTetapi pada hari ini mereka tunduk menjadi penjajah dengan mengunakan amalan komenwel British.

Sejarah telah membuktikan bahawa Undang undang tubuh kerajaan Johor Pada tahun 1895 yang kekal tidak mengalami sebarang pindaan yang dibuat pada kemerdekaan Tanah Melayu dan juga pada masa penubuhan Malaysia telah pun menjadi ASAS kepada Undang undang tubuh kerajaan Selangor dan malahan, ianya telah dijadikan sebagai asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan seterusnya menjadi asas kepada perlembagaan Malaysia .

Tindakan memilih untuk mengikuti "Common Law" British oleh speaker Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya merupakan tindakan yang membelakangkan keluhuran undang-undang selangor dan Sultan Selangor sebagai pemerintah negeri. Apabila rujukan kepada tindakan undang undang telah mengenepikan Peraturan Tetap Mesyuarat Negeri dalam melaksanakan Sidang tergempar DUN Selangor.

Bantahan Segenap Pihak Berkenaan Isu Pencabulan keluhuran Undang- Undang Selangor.
 
Ketua Pembangkang DUN Selangor , Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang) sebelum itu telah pun memberitahu bahawa sidang dewan itu tidak sah kerana notis yang diberi tidak mencukupi 14 hari.
Melihatkan ketergesaan kepada tindakan yang dibuat oleh speaker DUN selangor, melihatkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebenarnya telah pun ketakutan menghadapi kebangkitan rakyat Selangor yang mana rata-rata telah pun bertindak menyokong perlantikan Dato Khusrin Munawi sebagai Setiausaha kerajaan Negeri yang baru dimana, telah pun mendapat perkenan dari pada Sultan Selangor. 

Disamping itu juga, tindakan DUNangor untuk meraih sokongan penduduk melayu pada Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Kelang yang dijangka akan berlangsung pada masa yang terdekat. 


http://mahadimahbol.blogspot.com/2011/01/dendam-pkr-menyebabkan-kerusi.html


Sangat mendukacitakan, ternyata kepentingan rakyat bagi negeri selangor telah pun disia siakan begitu sahaja hanya demi pengukuhan kuasa pemerintah kuku besi di Negeri Selangor pada hari ini.


http://mahadimahbol.blogspot.com/2011/01/ribuan-rakyat-selangor-menentang.html 


Gerakan Anti Penyelewengan Selangor Bersama dengan RIBUAN rakyat negeri Selangor Telah pun bangkit melawan tindakan yang ternyata mengenepikan keluhuran undang negeri Selangor. 
Ternyata sokongan yang telah diberikan kian meningkat dan rakyat semakin sedar, semakin lama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memerintah, Semakin teruk kerosakan yang dibawa.


Amplify’d from www.facebook.com
See more at www.facebook.com

Sidang DUN tergempar sah, kata speaker!

SHAH ALAM, 24 Jan. - Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor yang diadakan hari ini adalah sah mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan mesyuarat, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata, walaupun notis diberikan singkat dan tidak mengikut tempoh 14 hari, Speaker boleh menggunakan kuasa mengikut Peraturan Tetap Mesyuarat 10 (3) yang lazim dilakukan dalam persidangan dewan negara-negara Komanwel.

"Kalau rasa (sidang) tidak sah, sila keluar. Memang (notis) dalam 14 hari tetapi Speaker boleh menandatangani satu sijil yang diberikan oleh kerajaan untuk mengadakan sidang ini.

"Kalau ikut Peraturan 43 dan 87, keputusan Speaker adalah muktamad. Tapi kalau hendak mencabar boleh buat usul,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Chang Khim berkata, isu sah atau tidak sudah selesai dan meminta perbahasan diteruskan sebelum beliau menggunakan Peraturan 44 (1) dan 44 (2) yang mengarahkan mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri keluar dewan.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang) berkata sidang dewan itu tidak sah kerana notis yang diberi tidak mencukupi 14 hari.
Read more at www.facebook.com

Ulasan