BENAR - PAS KELANTAN TAMBAH LESEN ARAK

Semakin PAS tidak bertanggung jawab kepada apa yang dikatakan oleh Haji Hadi didalam Amanat Haji Hadi, dan lebih kasihan kepada mereka yang termakan janji ajaran mati syahid ke dalam syurga apabila mereka berjuangan dibawah platform PAS.

Amplify’d from www.malaysiakini.com
Kelantan sedia tambah lesen premis minuman arak
Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.

- Bernama
Read more at www.malaysiakini.com
 

Ulasan