Adakah kerana Takutkan "nyamuk", Maka PKR Terpaksa Memendam rasa menolak Bubar DUN Port Klang?

Apabila melihatkan situasi yang sukar dan mencabar apabila Ummi Hafilda yang digelarkan sebagai "nyamuk" mencabar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai salah laku seksnya. pada ketika ini, masih bongkak dan sombong menyatakan "Ini Soal Nyamuk".



Tetapi, Apabila melihatkan tindakan pantas Speaker DUN Selangor dalam mengatasi perancangan untuk merayakan demokrasi rakyat yang dijangkakan akan berlangsung pada 8 Mac ini, Timbul pula Persoalan:



Adakah sebenarnya Dakwaan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda adalah benar ? Masih tinggal sebagai persoalan...



Tidak Dinafikan keupayaan mereka boleh mengaburi masyarakat dengan mengadakan pelbagai cerita, seperti



"Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik"



Kenyataan sebegini amat popular dikalangan media pakatan rakyat. yang kononnya akan mewujudkan kepada sumber kepada cerita yang sengaja dikarang.



Saya rasakan pada getaran denyut Rakyat Selangor yang mana masih menantikan jawapan dari ADUN Perlabuhan Klang, Badrul Hisyam Abdullah untuk kepastian lebih lanjut. Ini kerana tinjauan yang dibuat di beberapa warung kopi disekitar kawasan suburbia Ampang telah melonjak naik cerita bahawa akan berlangsung satu pilihanraya kecil di Selangor.



Kita akan melihat, Adakah berita ini benar ? Kita akan nantikan apakah kebenarannya.



P/S - Marahkan nyamuk, Kelambu jangan dibakar ......

Amplify’d from www.malaysiakini.com
Jurucakap ADUN nafi spekulasi pilihan raya kecil
Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.
Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.
selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02
ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.
Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.
azlan
Badrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.
Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu Malaysiakini, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

NONEKatanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.

Ulanginya, Badrul Hisham hanya rmat gagal hadir pada persidangan bajet sahaja atas masalah kesihatan, manakala yang lain dihadiri beliau.

"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.

[Baca berita penuh]

Read more at www.malaysiakini.com
 

Ulasan