Kematian Kebebasan Media dalam Pakatan Rakyat

Mahu tergelak juga apabila melihatkan respon-respon daripada pemimpin pembangkang mengenai respon mengenai kebebasan media dalam pembangkang, yang rata ratanya sebelum ini memperjuangkan hak keadilan bersuara demokrasi yang sangat tinggi tetapi telah pun gagal didalam usaha mereka untuk membenarkan hak kebebasan tersebut setelah mereka mendapatkan kuasa pemerintahan , perlukah rakyat tertipu lagi ? 

Haram’ media di DUN Kedah tetap berjalan

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

“Saya hanya menjalankan tugas,” katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu.

Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku. 

Bagaimanakah dengan Respon yang diperolehi daripada Syed Hussin Ali mengenai Kenyataan Zaid Ibrahim yang diterbitkan oleh New Sunday Times?

"Tapi jika mlalak mlalui media musuh, sori. " 

Aku pun sambung lagi menggelakkan Semua Pakatan Rakyat yang cakap tidak serupa mungkin untuk sepanjang minggu ini. 

Ulasan