Malaysia Mungkin Berdepan Kemelesetan Ekonomi Berganda Berikutan Faktor Luaran

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia kemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di negara-negara Eropah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang baru pulang dari lawatan ke England, berkata bahawa terdapat tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di negara-negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.

"Saya baru balik (dari England). Di Eropah (kemelesetan ekonomi berganda) akan berlaku. Kalau jadi di sana, kita pun mungkin berjangkit jugalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak antara Iris Corporation Bhd dan Koperasi Atlet Malaysia Bhd di sini hari Khamis.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ramai ahli ekonomi dan penganalisis bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini dan sama ada ekonomi Malaysia akan menerima nasib yang sama.

Walau pun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), beliau berkata adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia.

"Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah tetapi kita tak boleh meramalkan (apa yang akan berlaku pada masa akan datang) kerana apa yang berlaku di luar turut mempengaruhi kita," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas berkata kemungkinan akan berlaku kelembapan pada separuh kedua tahun ini berikutan faktor luaran.

Seorang ahli perbankan terkemuka juga telah menyatakan bahawa data yang diumumkan baru-baru dari Amerika Syarikat dan Eropah menjangka berlaku kemelesetan di dalam ekonomi global.

-- BERNAMA


-Catatan Peribadi-


Walaupun Dalam MBE yang kelihatan tidak dipersetujui oleh kebanyakan pihak sebagai sebahagian daripada penyelesaian kepada kemelesetan ekonomi di eropah yang dijangka bakal melanda.  


Secara dasarnya kebanyakan dari polisi yang telah diumumkan didalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 telah dilihat mampu untuk mengurangkan impak kepada kejatuhan ekonomi global, tetapi dengan daya produktiviti yang masih kekal seperti hari ini. kemungkinan untuk kita melihat kesan pemulihan pada jangkamasa yang pantas amat tipis. 


Mungkin beberapa kejutan mungkin akan berlaku daripada penyusunan semula struktur ekonomi daripada ekonomi yang berasaskan kepada sumber dan juga perdangan luar yan sedang tidak berpihak kepada kita , kepada ekonomi berasaskan unit tempatan seperti EKS dan juga Pelaburan tempatan. 


Serta, Penguatkuasaan segera undang undang Anti Monopoli seharusnya dikuatkuasakan segera . Dan Beberapa perubahan kepada struktur undang undang yang masih belum dilaksanakan didalam RMKe-10  Perlulah disegerakan bagi membolehkan Industri Kecil dan Sederhana melakukan perubahan strategi kepada perniagaan mereka. 


Sokongan sepenuhnya kepada RMKe-10 serta MBE perlulah dilakukan segera didalam usaha kita menyelamatkan ekonomi negara kita daripada dijajah kembali oleh pakar-pakar Spakulator matawang dan ekonomi yang kini sedang bebas berlegar legar didalam negara kita. 


Kita bukannnya hebat seperti mereka yang mampu mempunyai suaka politik dari kuasa besar seperti Britain untuk melarikan diri, jadinya adalah tanggung jawab bagi kita yang tinggal didalam negara kita untuk bersama sama memastikan keharmoniah hidup didalam Malaysia, serta keutuhan ekonomi kita agarkita akan dapat mengecapi nikmat lebih selesa dimasa akan datang . 

Ulasan