DAP:Tiada Subsidi Makanan-Kerajaan dikatakan kejam

Amat menghairankan, terutamanya apabila melihat ramai diantara penyokong Pakatan Rakyat yang marah apabila berlaku penstrukturan semula harga barangan. Saya yakin dengan penuh percaya bahawa ramai diantara penyokong Pakatan Rakyat yang selalu merengek dan meminta agar penstabilan harga pada beberapa barangan keperluan utama seperti Beras, susu, gula , minyak masak dan tepung di stabilkan harga di pasaran.

Mungkin Ramai diantara para pembaca yang terlepas beberapa Paparan maklumat yang saya telah pun buat sebelum ini mengenai perkara ini .

Wawasan 2020 Mampu Dicapai Jika Tukar Strategi - Dr MahathirMalaysia Mungkin Berdepan Kemelesetan Ekonomi Berganda Berikutan Faktor Luaran


Sekiranya program rasionalisi subsidi yang dicadangkan oleh kerajaan ditentang hebat oleh para penyokong Pakatan Rakyat , Saya cadangkan kepada semua penyokong pakatan rakyat melihat dimanakah letaknya Program Subsidi Bahan Makanan oleh kerajan pakatan rakyat didalam DAP Alternative National Budgets 2010 yang dicadang oleh DAP.



Cuba teliti kembali, dimanakah letaknya Subsidi makanan yang selama ini digunakan dan dinikmati oleh penyokong penyokong pakatan rakyat? Ternyata ramai yang kelihatan disogok oleh pelbagai perangkaan yang belum tentu akan dinikmati sepenuhnya secara adil bagi penyokong pakatan rakyat mahu pun Penyokong Barisan Nasional didalam pengagihan projek-projek pembangunan yang bernilai berbilion bilion ringgit yang bakal ditaburkan. 

Ternyata, dengan penerbitan dokumen penting ini didalam bahasa inggeris , mematikan minat para penyokong Pakatan rakyat untuk membaca dokumen belanjawan alternatif ini. dengan mematikan minat para penyokong mereka yang selalunya berminat untuk mengetahui pendedahan skandal dan sebagainya, dan menjadikan kepimpinan Pakatan Rakyat selesa. dengan keadaan ini. 

Dimanakah letaknya pejuang pejuang bahasa ? adakah mereka telah hilang ?  

Bagaimana pula dengan perkara ini, 

8.2.3 Rights to borrow
Furthermore, it is proposed that states be given power to borrow from sources other than the federal government. States lost their right to borrow when they joined the Federation of Malaysia because the Constitution only allows borrowing from the federal government. But this need not be the case. Many other federations in the world, e.g. the US, Canada, Germany and Switzerland, allow states or provinces to have autonomous borrowing rights. This enables states to invest in infrastructure and development projects without needing to wait for federal approval and funds. Additionally, state governments would also be accountable to their creditors and thus have further pressure to invest wisely.

To ensure that the states utilise this new found right in a responsible and effective manner, restrictions will be put in place initially to ensure a managed transition. States can only borrow up to a maximum of 50% of their annual own-source revenue, which is revenue raised directly by the state governments and does not include federal grants or shared federal income tax revenue. The funds raised must be used for development expenditure and not operating expenditure. In the initial 3 years of introducing this measure, the federal government will guarantee only 30% of state debt to help states enter the borrowing market. The burden of scrutiny must however, be on the private sector lenders.

Ketika ramai yang ketika ini tidak mengenali apakah dia "Pink Forms" Mungkin kisah dibawah akan dapat memperkenalkan kepada mereka yang tidak tahu lagi kewujudan "Pink Forms" dan dapat mengetahui bagaimanakah kuasa Pink forms didalam perlawanan Anwar Ibrahin Vs. Ghaffar Baba.  

Kes Klasik Pengurusan Ekonomi Anwar

Anwar juga lupa bahawa pada zaman beliaulah usahawan-usahawan Malaysia hampir lingkup kerana dasar kewangan ala IMF Anwar. Sebab itu yang menyokong Anwar hanyalah dari kelompok mereka yang makan gaji (kerana tidak perlu fikir masalah syarikat untuk membayar gaji), kakitangan kerajaan, negara asing dan beberapa jutawan segera yang Anwar lahirkan.

Beratus syarikat besar menunggu masa untuk diisytihar muflis kerana tindakan Anwar menaikan kadar faedah ketika itu ekonomi sedang merudum.

Jika dasar Anwar dibiarkan bukan sahaja syarikat akan muflis malah sistem perbankan juga akan runtuh kerana gagal mendapat kembali hutang dari syarikat yang muflis.

Berapa ramai pemegang kad kredit yang muflis dan masih berhutang dengan bank kerana Anwar menaikkan kadar faedah?

Tentulah seluruh kabinet pada masa itu harus bertanggungjawab secara kolektif. Namun kerana Anwar mendakwa beliaulah yang menguruskan ekonomi negara dengan cekap maka, penulis membuat andaian bahawa kesemua perkara ini adalah keputusan Anwar semata.

Jika Anwar terus melaksanakan dasar IMF (beliau menjadi Pengerusi boneka ketika itu) berapa banyak rakyat negara ini terpaksa menjadi penganggur dan pelarian rezeki di negara orang? Kerana Anwar dipecatlah, Malaysia dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia dan Thailand yang menerima pinjaman IMF.

Jika Anwar masih lupa juga, ingatkah beliau bagaimana Kementerian Kewangan bawah pimpinannya bercadang untuk menjual Perwaja kepada Maju Holding tapi dalam masa yang sama kerajaan terpaksa menanggung hutang?

Apabila Anwar Ibrahim merancang untuk menjual sebanyak 51% saham Perwaja Steel Sdn Bhd kepada syarikat Maju Holdings Sdn Bhd melalui Equal Concept Sdn Bhd, Kementerian Kewangan telah mengatur dua (2) pinjaman;

(a). Satu pinjaman berjumlah US$400 juta melalui Bank Standard Chartered di Labuan,

(b). Satu pinjaman berjumlah RM3.212 bilion melalui Arab-Malaysian Merchant Bank.

Kedua-dua pinjaman diatas digunakan untuk menjelaskan pinjaman yang telah diambil daripada 'Japanese Export Bank' dan juga Kumpulan Syarikat-syarikat perniagaan Jepun yang berjumlah RM2.6 bilion dan juga beberapa pinjaman lain.

Maju Holdings Sdn Bhd merancang untuk mengumpul dana sebanyak RM1.02 bilion melalui pengambilalihan Berjaya Singer untuk digunakan membayar RM1.02 bilion bagi memiliki sebanyak 51% pegangan saham di dalam Perwaja Steel Sdn Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia pula merancang untuk menggunakan pembayaran daripada syarikat Maju Holdings Sdn Bhd tersebut untuk membayar balik sebahagian dari pinjaman yang diambil dari Arab-Malaysian Merchant Bank.

Malangnya rancangan pengambilalihan Berjaya Singer oleh syarikat Maju Holdings Sdn Bhd itu gagal maka Kementerian Kewangan Malaysia telah meminjam sejumlah RM710 juta dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk membayar balik pinjaman kepada Arab-Malaysian Merchant Bank.

Ini bermakna Kumpulan Syarikat-syarikat Perwaja masih lagi dimiliki oleh Kerajaan dan syarikat Maju Holdings Sdn Bhd hanya menguruskannya.

Sekarang ini Anwar Ibrahim melaungkan gerakan ketelusan (transparency) dan menentang sebarang bentuk nepotisma dan kronisma.

Adakah tindak tanduk Kementerian Kewangan Malaysia (dibawahnya) untuk menjual 51% saham Perwaja Steel Sdn Bhd kepada syarikat Maju Holdings Sdn Bhd boleh dianggap sebagai satu bentuk kronisma?

Bagaimana kita tidak boleh mentafsirkan penjualan syarikat besi keluli nasional pada nilaian 50% dibawah nilaian sebenarnya sebagai kronisma?

Alhamdulillah, rancangan ini tidak berjaya. Jikalau rancangan ini berjaya, Kementerian Kewangan Malaysia akan terus bertanggungjawab untuk membayar baki dari pinjaman Yen yang telah diambil pada tahun 1982 dan juga membayar balik pinjaman-pinjaman yang telah diambil dari Bank Standard Chartered di Labuan dan Arab-Malaysian Merchant Bank

Sekiranya Indonesia berjaya menurunkan kadar Inflasi dalam masa 10 tahun daripada 80% pada tahun 1998 kepada 12 % pada tahun 2008. dengan amalan kronisme dan nepotisme yang berlegar legar disekeliling pakatan rakyat akan menyababkan kemusnahan yang lebih buruk lagi . 



Kerajaan Barisan Nasional masih releven kepada semua rakyat,  dan tanyalah kepada rakyat yang mengeluh akibat daripada kenaikan harga Minyak , Adakah Di US , Canada , Germany , dan Switzerland memberikan subsidi bahan bakar dan Subsidi bahan makanan kepada rakyat ? Persoalannya yang sudah terang- terangan kita tahu jawapannya .

Ulasan