Two State Solution - Pengiktirafan Penjajahan Yahudi di Baitulmaqdis

Penyelesaian Dua Negeri ( Two state Solution) Kepada Konflik Israel - Palestin Masih lagi berlangsung dimana, kedua-dua belah pihak masih lagi didalam usaha perbincangan dan kali terakhir perbincangan ini berlangsung ialah pada Persidangan Annapolis 2007 dimana Usaha Amerika Syarikat untuk menjadi sebagai membuka penyelesaian. 

Penyelesaian Ini sebenarnya Merupakan pembahagian 2 Negeri dimana membawa kepada 2 Bahagian didalam Israel dimana Kawasan Tebing Barat akan menjadi sebagai Negeri Palestin dengan Autonomi Daripada Israel. Dan juga Kawasan Penduduk Yahudi Sekarang Akan diberikan Kepada Kawasan berkependudukan Yahudi. 

Sekiranya Plan ini berterusan , Kelihatan Yahudi Akan menerajui kedaulatan Negara yang akan terbentuk dengan asas penerimaan antarabangsa kepada mereka yang telah mereka terima semenjak tahun 1949 lagi . 

Dan perkara ini sememangnya tidak akan dipersetujui oleh Hamas, Kerana tindakan PLO yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Abbas kelihatan mengiktiraf Pembentukan Negara Israel yang telah bertahun tahun menduduki secara Haram dan membuat deklarasi pengishtiharan haram terhadap kemerdekaan Negara Israel .

Tembok Pemisah dan juga BaitulMaqdis 

Dengan Pembinaan Tembok pemisah yang memisahkan Baitul Maqdis dan juga Tebing Barat, Menjadikan Pertikaian sehingga Hari ini didalam usaha untuk mencapai kesepakatan mengenai perkara ini, menjadi lebih teruk dengan pertikaian sempadan yang dibuat oleh Kedua-dua Pihak , samaada Israel Mahupun Palestin. 

Tuntutan Kaum Yahudi Adalah menurut Kepada Kawasan Berpendudukan Sekarang .

Pertikaian  Kepada Kawasan berubah dari Masa ke masa berikutan kekejaman Rejim Zionis yang dari masa ke masa menambah kawasan pendudukan dan membesarkan kawasan penempatan yahudi berbanding persetujuan asal pada tahun 1949 . menjadikan rundingan ini tertangguh dari masa kemasa . 

Walaupun perkara Mengenai Baitulmaqdis telah pun dicadangkan Oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk menjadi sebagai Kawasan Kawalan Antarabangsa Tetapi , dengan tindakan pembinaan tembok pemisah oleh pihak Israel dilihat sebagai pencerobohan kepada Kawasan Suci bagi tiga Agama, Islam Judaism dan juga Kristian . 

Halangan kepada Kemasukan Umat Islam Kedalam Kompleks Masjidil Aqsa yang berkuatkuasa pada masa masa tertentu juga menghalang kebebasan beragama bagi mana mana agama untuk beribadat di kawsan suci mereka .Dan ini menunjukkan Niat Israel untuk menguasai kawasan suci Baitulmaqdis . 

Sekiranya Perkara Ini berterusan ,Baitulmaqdis akan dinafikan hak kepada mana mana agama lain didunia melainkan hanya kepada yahudi sahaja. Dan perkara ini perlu ditolak oleh penganut mana-mana agama sekali pun didunia kerana pencabulan kepada kawasan suci bagi mana mana agama didalam dunia .