RMK10- Mencarta Pembangunan Ke-arah Negara Berpendapatan Tinggi

Krisis kewangan global telah mempercepatkan peralihan kuasa ekonomi ke Asia. Walau bagaimanapun, peralihan tersebut tidak semestinya menguntungkan Malaysia. Kuasa ekonomi tertumpu kepada negara serantau yang besar, terutamanya India, China dan Indonesia. Negara tersebut mempunyai kelebihan dari segi kos yang rendah dan saiz pasaran domestik yang besar.

Malaysia seumpama terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana kerana tidak lagi dapat bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah dan pada masa yang sama, masih tidak setanding dengan negara maju yang berinovasi tinggi. Strategi yang dahulunya telah berjaya mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, kini tidak mampu untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan yang lebih maju.

Negara memerlukan model ekonomi yang baru untuk terus maju dan menyertai kumpulan negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan paradigma diperlukan terutamanya dari segi strategi ekonomi negara dan dasar ekonomi Kerajaan. Transformasi ekonomi yang diperlukan amat menyeluruh dan dengan itu, hanya dapat dijayakan melalui komitmen dan usaha semua pihak.




Bab 1

Ulasan