Mereka Kata Saya Anti-Yahudi : Dramanovela DSAI

Pada Minggu Ini Kita telah dihiburkan dengan Sandiwara Drama Minggu Ini yang bertajuk.

"Mereka Kata Saya Anti-Yahudi....."

Suatu Penafian Pembelaan Anwar Masih lagi berfahaman Semitik !

Rupanya Anwar Ibrahim Masih lagi memerlukan bantuan dan sokongan dari CFR, NED, ICG dan sanggup berkhidmat dengan mereka lagi.

Adakah Sebenarnya Anwar Ibrahim takut keran tidak lagi dibantu oleh CFR kerana Surat yang ditujukan kepada CFR daripada B'nai B'rith International . Pertubuhan Yahudi tertua didunia .

Klik disini untuk melihat kandungan surat yang ditulis oleh B'nai B'rith
http://mahadimahbol.blogspot.com/2010/06/mengapa-anwar-dituduh-anti-semitic.html

Berikut Laporan dari Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/133484
http://www.malaysiakini.com/news/133632

Anwar: Saya jadi sasaran Apco

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide.

"Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan"
kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis.

Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam terhadap pendedahannya di Parlimen - bahawa khidmat firma itu pernah digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif 'One Israel'.

Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi" kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau.

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Saya cuba lindungi negara

Menurut satu laporan dalam surat tarikh 25 Mei kepada pengerusi jawatankuasa senat mengenai hubungan luar Amerika, John F Kerry, B'nai B'rith menyalahkan Anwar kerana menghasut kebencian terhadap Israel dan Zionis-Yahudi.

Kumpulan pro-Yahudi itu juga mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar ekoran kenyataannya yang mengaitkan inisiatif '1Malaysia' Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan 'One Israel'.

Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic".

"Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi.

"(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya.

"Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel.

"Mereka (Apco) yang mengelirukan kenyataan saya mengenai Israel sebagai rasis... (bila) kita cuba untuk melindungi keselamatan dan maruah negara kita," katanya.

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.

Harakah Daily dan juga TV Selangor mengeluarkan kecaman badan Yahudi itu terhadap Anwar dalam portal berita mereka.

Kecaman terhadap Anwar yang juga ketua umum PKR itu dibuat menerusi rasmi B'nai B'rith kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Ia melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma perunding Apco Worldwide pada 30 Mac lalu di parlimen.

TV Selangor juga memetik B'nai B'rith yang memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di ibu pejabat polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menurut kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel di Bukit Aman di Dewan Rakyat pada 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Datuk Mahsuri Zainal.