Dr Azam Rauzan - Melayu perlu ubah jati diri di era globalisasi.

Marilah kita merenung mengenai budaya orang Melayu yang berkaitan soal hal mistik,alam ghaib, jampi serapah, bomoh serta tahyul yang turut mempengaruhi jati diri mereka.

Bomoh masih satu daripada rujukan utama dalam penyelesaian kepada pemasalahan serta kekusutan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan mejoriti orang Melayu masih taksub atas kebolehan professional alam mistik ini.

Lebih melucukan, ramai juga orang politik yang menggunakan khidmat bomoh untuk mencapai hajat mereka. Mentaliti jumud dan kolot ini harus dikikiskan.

Apakah ini semua sebahagian daripada nilai jati diri Melayu dalam mereka mengharungi alam globalisasi? Kalau dikatakan, orang Melayu sudah tercabut akarnya, barangkali ramai yang akan marah. Tapi apakah langsung tidak ada secebispun kebenarannya?

Marilah kita perhitungkan apabila jati diri orang Melayu disentuh. Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhamad pernah memperkatakan tentang karyawan,budaya dan sastera antara pihak yang berperanan dalam hal membentuk dan mempertahankan jati diri.Dalam ucapan beliau mengitirafkan peranan karyawan dan penulis, lantas meminta mereka meneruskan tanggungjawab itu dengan menyesuaikan dengan keperluan permodenan.

Sila Klik Untuk Selanjutnya ...........

Ulasan

SINGALAUTMETRO berkata…
Bomoh adalah tempat untuk orang yang berjiwa lumpuh dan berhati rusuh mengadu perasaan - iaitu sebagai satu pelarian daripada kecelaruan, kekusutan atau segala macam masalah.

Realitinya, benarlah kata orang tua-tua. Bijak tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Orang politik yang cerdik sanggup percayakan kata-kata bomoh yang ada di antara mereka tak bersekolah pun.

Namun bukan semua golongan itu tidak memberi manfaat dalam kehidupan orang Melayu. Ada golongan bomoh yang terbukti menyembuhkan penyakit. Sama seperti ada doktor yang terbukti gagal menyembuhkan pesakit!

Hakikatnya, bukan semua perlu bergantung kepada bomoh, dan bukan semua boleh bergantung kepada doktor.

Tapi fenomena ini sebenarnya dah lama dalam kehidupan Melayu. Dikikis pun tak mungkin hilang, sebab macam daki yang tebal. Digosok dengan berus dawai pun masih lekat. Tanya dr azam, dia mungkin setuju.
Mahadi Bin Mahbol berkata…