Darjah Mahkota Johor - Penghargaan Kepemimpinan dari Kesultanan Johor

Kita ada mendengar dan melihat ada diantara pemimpin pemimpin kanan kita yang ada mendapat gelaran-gelaran dari Negeri Johor , Diantaranya yang selalu Kita lihat didalam buku-buku Program mahupun pada akhbar tempatan ialah S.P.M.J, D.P.M.J dan S.M.J.

Seringkali kita melihat penerima Darjah kebesaran ini merupakan mereka yang telah mencapai tahap kecemerlangaan yang terpuji didalam perkhidmatan mereka kepada rakyat dan juga Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Tanpa mengira sebarang latar belakang perkhidmatan samaada pada perkhidmatan awam, mahu pun politik.

Darjah Mahkota Johor merupakan Darjah kebesaran yang tertua di Malaysia di mahsyurkan pada 31 Julai 1881 Oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daeng Ibrahim Sultan Johor yang pertama.

Darjah Mahkota Johor mempunyai 3 kelas;

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)
The Most Illustrious Order of the Crown of Johor First Grade Knight Grand Commander

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ)
The Most Illustrious Order of the Crown of Johor Second Grade Knight Commander

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (SMJ)
The Most Illustrious Order of the Crown of Johor Third Grade Companion

Sekiranya dilihat kepada Terjemahan dalam Bahasa Inggeris, Knight Grand Commander - Pemerintah Besar Kesatria Yang diberi imej sebagai Pemimpin utama Kepada Kesatria yang memperjuangkan perjuangan mereka.

Kesatriaan pula dilihat sebagai suatu lambang keteguhan dan kesetiaan kepada perjuangan. kebanyakan daripada kesatria merupakan mereka yang mempunyai kehormatan kepada perjuangan yang mereka pegang selama ini. Nilai ketulusan dan keikhlasan didalam sesuatu perjuangan tidak mengira samaada perjuangan dijadikan sebagai kayu pengukur nilai kesatriaan yang ada didalam diri setiap kesatria.

Dan pada Mata Rakyat Negeri Johor, Pengiktirafan Darjah Mahkota Johor pada masa kini merupakan suatu anugerah dari Sultan Selaku Pemerintah Negeri Kepada Para pemimpin pejuang pejuang yang setia didalam perkhidmatan dan berjasa kepada rakyat didalam Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Pada Ketika Ini, Keharmonian kehidupan di Malaysia tanpa sebarang perasaan prasangka dan prejudis melampau, Pelbagai Kaum ketika ini masih lagi mampu mengamalkan sebarang aktiviti kaum masing masing tanpa sebarang gangguan dan juga penerimaan kepada prinsip kaum ini telah pun diterjemahkan didalam Prinsip 1 Malaysia .

Dengan penuh kesederhanaan Prinsip ini diperjuangkan untuk penyatuan kebanyakan kaum di Malaysia yang berbeza sensitiviti dan juga berbeza adat resam juga pantang larang. dan keadaan harmoni ini membawa kita kepada pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang mempunyai entiti Bangsa yang tersendiri yang berlainan jika bandingkan dengan bangsa lain didunia.

Begitu juga dengan kedaulatan Bangsa Melayu ditanah air, Ini perlu dijaga demi kelangsungan generasi melayu Kita pada masa akan datang . dan adalah menjadi tanggungjawab kepada Segenap Rakyat serta Sultan dan Raja Raja Melayu bagi mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa Melayu pada ketika ini.

Sultan dan Raja-Raja Melayu menjadi tunggak utama pemerintahan kepada Negara Bangsa Malaysia kita. Tanpa perpaduan dan keharmonian hidup diantara kaum , akan menyebabkan kehidupan kita untuk masa akan datang kucar kacir dan porak peranda.

Dan diatas Aspirasi inilah cukup jarang kita dapat melihat di anugerahkan dengan pingat dan darjah kebesaran dari Sultan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Saya disini sebagai Rakyat Melayu Johor menyatakan pendirian tegas bahawa tiada sebarang pemimpin yang bersimpati kepada perjuangan unruk meruntuhkan kedaulatan bangsa Melayu wajar dihargai dan terus diberikan penghormatan.

Saya Yakin dan sangat yakin bahawa Tiada Rakyat Melayu Negeri Johor yang mahukan segala usaha Pembinaan dan pengekalan kedaulatan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang telah diusahakan oleh puluhan pemimpin yang terdahulu dari pelbagai peringkat semenjak beratus tahun lamanya diporak-perandakan dengan begitu mudah.

Pada Pendapat saya , Tindakan melucutkan Gelaran dan Penghargaan daripada Sultan Bagi negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim adalah suatu tindakan yang amat wajar diatas tindakan kepada pengkhianatan kepada kesatriaan Aspirasi Bangsa Malaysia dan perlu dilakukan segera. Saya dapat rasakan kebanyakan rakyat Negeri Johor yang berbangsa Melayu umumnya dan juga kebanyakan Rakyat Johor Yang berbangsa Cina serta India tidak mahukan Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan daripada Sultan digunakan oleh mana mana pemimpin yang menyokong kepada perpecahan dan juga perasaan perkauman yang melampau.

Suatu realiti bagi kehidupan didalam Negara kita pada hari ini ialah Kedaulatan Melayu, dan keharmonian diantara kaum seharusnya dijaga serta dipupuk semula agar kelangsungan bangsa melayu di mata dunia akan tetap kekal abadi sehingga ke akhir masa.