Tragedi 13 Mei - Adakah Kita Telah Berjaya Menangani Isu Berkaitan Perkauman ?

Tragedi 13 Mei Telah pun lama meninggalkan kita tetapi kesannya Masih Terasa kini. Perjuangan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia sebagai rakyat kepada sebuah negara bangsa masih lagi berpaksikan kepada bangsa bangsa yang tinggal didalam negara kita. 

Sememangnya Dasar Pecah dan Perintah yang telah di buat sekian lama oleh pihak penjajah telah pun dihapuskan. Pada masa kini kita dapat melihat bahawa kaum-kaum di Malaysia masing-masing mula mengambil bahagian didalam pembentukan negara ini dengan menceburi pelbagai bidang samaada di sektor Awam ataupun Swasta. 

Dengan penglibatan Proaktif semua rakan rakan kita dari pelbagai bangsa, kaum dan agama menjadikan Malaysia Sebagai Sebuah Negara yang dapat berdiri sama tinggi dengan negara lain didunia . dan kita kini hampir berada di puncak kecemerlangan dan kegemilangan meletakkan negara kita sebaris dengan negara negara Maju yang lain . 

Pelbagai Usaha untuk menambahbaikkan keadaan negara kita kini dijalankan dari sebelumnya .Dengan Pemulihan Ekonomi negara kita dengan mencapai pertumbuhan sebanyak 4% Menjadikan Negara Kiita sebenarnya lebih cepat mengalami proses pemulihan dari Krisis Ekonomi Global Tahun 2008.Berbanding dengan negara negara lain Seperti Singapura , Thailand, Dan Negara yang hanya mempergantungkan kegiiatan ekonomi mereka kepada perdagangan komoditi dan juga perdagangan global. 

Dan didalam Kita Mengecap Nikmat Mempunyai Prasarana yang Hampir berkelas Dunia , Terdapat sebahagian dari pada kita meletakkan Isu Perkauman yang telah terbukti perpecahan diantara Kaum Pada tahun 1969 sebagai tajuk perbincangan sensasi didalam kaum. 

Bermula daripada perasaan ketidakpuashatian kepada pemimpin Melayu / Islam dinegara Kita sehinggalah Kepada Percubaan untuk menanamkan semangat kebencian diantara kaum yang kebanyakan daripada kita pada hari ini Masih lagi terkenangkan perasaan sedih kehilangan kaum keluarga yang terkorban ketika Peristiwa 13 Mei.

Didalam tragedi Berdarah tersebut , Kebanyakan dari warga Bandaraya Kuala Lumpur pada ketika itu Mengalami kejutan dan juga trauma akibat daripada Kesan kejadian tersebut. Ada yang kehilangan keluarga Kerosakan hartabenda , serta tidak kurang juga kerosakan kepada perhubungan muhibah yang telah terjalin diantara kaum sebelum anasir perkauman dinyalakan . 

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan kekurangan kepada kepimpinan yang ada sekarang untuk diletakkan sebagai "Kambing Hitam" bagi Kekurangan yang berlaku akibat beberapa ketidaktentuan ekonomi dunia yang dicetuskan daripada rakan-rakan sekutu kepada beberapa parti politik di Malaysia ketika ini.


Dan Disini Saya Melihat Kerajaan Barisan Nasional Lebih kehadapan dengan usaha untuk meningkatkan tahap kecekapan daya Urus Negara dengan pelbagai Program Yang telah pun dirancangkan untuk kesejahteraan rakyat diantaranya bermula dengan Kempen Satu Malaysia yang bertujuan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dibawah satu budaya Masyarakat Malaysia , Goverment Transformation Programme yang menitik beratkan perubahan kepada jentera kerajaan untuk berubah seiring dengan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia. 

Dan Sekarang Untuk rakyat. Agenda Model Ekonomi Baru kepada rakyat Malaysia akan diletakkan sebagai Model kepada Perubahan Paradigma Ekonomi Malaysia pada Masa Akan datang Yang seiring dengan Wawasan Seluruh Rakyat Malaysia, WAWASAN 2020. 



Sekiranya sebelum ini negara kita telah pun menggantungkan segala Sumber ekonomi kepada Pelaburan Asing dalam sektor pembuatan, perkilangan Dan juga Kegiatan perdagangan Komoditi. Negara kita akan mengorak pencapaian ekonomi ke tahap yang lebih jauh lagi pada masa akan datang dengan menggerakkan segala sumber ekonomi yang ada didalam negara kita untuk menjadikan lebih ramai rakyat yang berpendapatan tinggi. dan ini memerlukan penglibatan dari keseluruhan rakyat didalam menjayakan hasrat pembangunan negara yang kita cintai ini.  


Segala Usaha perancangan kerajaan pada pendapat saya akan menjadi sia-sia tanpa penglibatan semua kaum yang terdapat di Malaysia. Ketika kita Masih lagi dapat bersama sama mengecapi nikmat dari kemerdekaan kita dari penjajah . Sekarang telah tiba masanya kita membebaskan diri kita dari belenggu penjajahan ekonomi yang telah banyak kali merubah kehidupan kita disini . 


Dari Tahun 1988 , 1998,  2004 , 2008 telah banyak kali kita menghadapi permasalahan ekonomi ini bersama sama. Adakah ianya merupakan sesuatu yang boleh dielakkan ? Kita Masih Bersyukur kerana dapat menikmati lagi kemakmuran dan kesejahteraan negara kita dengan lebih bahagia dan harmoni . 


Biarkanlah sejarah sebagai garis panduan untuk kita menjalani kehidupan yang lebih baik untuk kini dan masa hadapan .