Realisasi Subsidi Bahan Bakar : Sikap hipokrit pengguna, Pembaziran Bahan Bakar.

Ketika melihat kepada carta ini daripada pembentangan Dato Seri Idris Jala ketika Hari terbuka Realisasi subsidi pada fikiran saya ketika ini ialah reaksi yang didapati daripada Facebooker mengenai pengunaan minyak pada konsumer pada masa kini yang mencapai kepada 450 liter setahun percapita.

Setiap Rakyat Malaysia Menggunakan 450 liter minyak setahun . 


Suatu data yang amat mengejutkan kerana penggunan minyak yang terlalu banyak dihabiskan begitu sahaja . dan kelihatan tidak membawa jumlah kenaikan yang besar kepada KDNK negara kita .

Alhamdulillah Bersyukur kita kehadirat ilahi kerana kita telah dikurniakan sebuah tanah yang mempunyai sumber asli seperti minyak dan juga tanah yang subur dengan pelbagai tumbuh tumbuhan yang dapat memberikan pulangan kepada kita pada masa ini . tetapi , tidakkah kita sedar bahawa pada 2011 kita tidak lagi mampu untuk mengeluarkan petrol untuk kegunaan kita sendiri ?

Keadaan ini Mendedahkan kita Kepada ketidaktentuan pasaran minyak dunia. 

Kalaupun kita mampu untuk memujuk OPAC untuk membenarkan kita menyedut lagi rizab minyak kita yang dijangka habis pada tahun 2040,  berapa lamakah lagi minyak yang di carigali dapat di sedut keluar ,

disini saya ingin mengingatkan rakan semua bahawa :

Kita menjadi Pengimport bersih tenaga Bahan bakar pada 2011


Pada waktu ini , timbul persoalan pada fikiran saya ,

Mengapa kita membazir kepada sumber alam kurniaan Ilahi yang tidak dapat diganti semula pada kadar yang segera ?

Sebelum kita pergi kepada faktor faktor lain yang berada jauh dari pandangan kita , mari kita melihat kedalam diri kita . apa yang telah kita lakukan sehingga menjadi pembaziran kepada penggunaan bahan bakar dinegara kita .

Apakah kita telah pun menggunakan bahan bakar tersebut dengan keterlaluan sehinggakan kadar penggunaan tahunan bagi rakyat kita yang terlalu tinggi ?

Jika kita bertanya kepada diri kita , kebanyakan daripada kita menggunakan diantara 5 hingga ke 10 liter minyak sehari untuk tugasan harian . Mungkin lebih lagi bagi kenderaan pengangkutan.barangan.

Bagaimana dengan Pengunaan Harian 2 liter Petrol ? 
bagi penguna Motorsikal ? 

2liter x 350 hari setahun = 700 liter Minyak setahun

Bagaimana pula jika 20 liter sehari pengunaan ? 
Bagi pengguna kereta dengan 5 penumpang . 

10 liter x 350 hari setahun = 3500 liter Minyak setahun 

Samaada mengunakan kenderaaan berkeluarga ataupun bujang berkereta , inilah realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita . pada hari ini .

Jika diambil Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia pada tahun 2008 yang hampir mencecah kepada 18 juta Kenderaan berdaftar. Kita dapat menganggar bahawa hampir setiap 2 orang rakyat malaysia menggunakan kenderaan .

Jadinya tidak menghairankan bagi saya jika statistik menyatakan bahawa pengunaan bahan bakar minyak di Malaysia berada diparas diantara 350 hingga 700 liter perkapita setahun.

Dan disini , Mengapa kita perlu untuk membazirkan kebanyakan dari sumber kita hanya untuk pemilik pemilik kenderaan sahaja?

Bagi pengguna pengguna pengangkutan awam yang menggunakan bas serta pengangkutan awam yang lain  terutamanya bagi kawasan lembah klang. Pemanjangan rel LRT memberi kemudahan kepada rakyat . dan juga menambahkan kelegaan bagi pengguna kemudahan awam (seperti saya)

Dengan penambahan jajaran kepada perkhidmatan LRT ini . diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas yang merupakan pembaziran kepada sumber tenaga petrol serta memudahkan urusan rakyat yang tidak mampu memliki kenderaan dikawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penggunaan Tiket bersepadu bagi mod pengangkutan Rapid KL di lembah kelang dengan harga RM 150 sebulan dengan mode integrasi bagi saya amat memudahkan kerana pengguna dapat mencapai kepada banyak tempat di kawasan lembah kelang dengan hanya satu pas sahaja dalam masa sebulan .

[Sila klik untuk Imej yang lebih besar]

Bagi pengguna penguna diluar kawasan lembah kelang , Kerajaan masih lagi melakukan implimentasi kaedah pengangkutan di lembah kelang pada kawasan kawasan yang berkependudukan tinggi.seperti di Johor Bahru.

Dengan ini kita dapat melihat pengurangan penggunaan petrol bagi kawasan bandaraya dengan penurunan yang lebih baik lagi . seterusnya . dapat menjimatkan penggunaan sumber tenaga bahan api pada kadar yang lebih rendah  pada masa akan datang .

Sekiranya ada diantara Ahli pakatan rakyat mengatakan bahawa tindakan realisasi subsidi minyak adalah suatu tindakan yang tidak akan membawa sebarang kesan yang baik kepada negara . saya dengan ini memperkenalkan kepada Anda , Penasihat Khas Bank dunia Dato Seri Anwar Ibrahim dan sekutu sekutunya .

Adakah kita rela negarakita ini dijajah kembali ?
fikir kan dan renungkan lah ...