Piala Dunia 2010 - Perjudian Diantara Nilai Komersil dan juga Pengawalan

Piala Dunia Dan Judi berkaitan Piala Dunia merupakan tajuk hangat yang diperkatakan disini.

Terdapat cadangan bagi melesenkan kegiatan perjudian piala dunia ini . dengan pelbagai usaha yang dilakukan kelihatan untuk menjayakan agenda peribadi beberapa pihak termasuk operator operator rumah perjudian yang ingin memaksa kerajaan untuk meluluskan kegiatan ini telah kedengaran

Tetapi, tidak pula kedengaran sebarang suara samaada dari pihak pemimpin kerajaan mahupun dari pihak kementerian kewangan aau pun dari mana mana pihak perkhidmatan awam mengenai perkara ini. perkara perkara yang kelihatan kini seperti permainan dari beberapa media arus perdana dan juga pada pihak blogger samaada dari pihak kerajaan atau pun bukan kerajaan mengenai isu ini.

Menurut Sumber yang rapat kepada Menteri Kewangan

"Diantara pihak yang kelihatan menyuarakan cadangan kelulusan ialah dari salah sebuah syarikat milik kumpulan perniagaan Tan Sri Vincent Tan  yang menggunakan media arus perdana bagi menekan dan hampir memaksa pihak kerajaan untuk meluluskan cadangan mereka bagi meluluskan cadangan perjudian piala dunia" .
"Dan Hingga masa ini TIADA KELULUSAN MENGENAI PERJUDIAN PIALA DUNIA DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA" kepada mana mana pihak

Diharapkan kepada rakan rakan sekelian dapat menahan perasaan marah kepada kerajaan yang menyifatkan tindakan meluluskan judi piala dunia merupakan tindakan yang tidak islamik dan bertentangan pada Hukum syarak

JUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM ...