Penghinaan Nik Aziz Terhadap Nabi Muhammad S.A.W


BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP
Salhan K Ahmad
Mei 28, 10
3:57pm


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.
Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.
"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang 
unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.


Adakah Pernah Kita dengar Ulama yang merupakan pewaris Nabi menghina dan mengkritik Nabi Muhammad dengan sedemikian rupa ?

Masya Allah ......

Kerana Kekuasan Dunia Sanggup Nik Aziz mengutuk dan juga mempersoalkan tindakan Nabi Muhammad S.A.W. 



Dengan Memetik dari Wikipedia.
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arabصلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1].

Sebab berlakunya perjanjian

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai 'Baiah ridhuan'. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".

Isi Perjanjian Hudaibiyah

  • Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  • Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  • Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  • Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  • Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.


Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

  • Berkembangnya syiar Islam.
  • Kehidupan masyarakat aman dan damai.
  • Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.


Kesan Perjanjian Hudaibiyah

  • Musyrikin Quraisy semakin lemah.
  • Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
  • Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
  • Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.


Setelah dengan melihat Perjanjian hudaibiyah ini. Adakah wajar Nik Aziz mengkritik toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW ? 


Sekiranya Nik kenyataan Nik Aziz ini menjadi sandaran kepada perhubungan PAS -DAP , 


DAP tidak sedarkah bahawa akan berlaku kepincangan kepada Agenda PAS yang mempergunakan DAP sebagai alat Tunggangan semata mata? 


Ataupun Nik Aziz yang semakin syok sendiri sehinggakan terlupa bahawa DAP tidak mahu membentuk KERAJAAN ISLAM serta MENIDAKKAN perlaksanaan HUKUM HUDUD ? 


Ternyata PAS SEMAKIN MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH