Pengakhiran Kepada Pengkhianat Bangsa Si Buang - Review Kepada Sarjan Hassan ( 1955 )

Di dalam babak - babak terakhir Filem Sarjan Hassan , Melihatkan Buang yang cuba melarikan diri daripada dikejar oleh orang kampung . 


Disini melihatkan pada setiap pengkhianat bangsa akan sentiasa mementingkan diri sendiri , Hatta mereka tiada pendirian kepada perjuangan mereka. 


Bagaimana pula dengan penyokong penyokong kepada pengkhianatan yang telah dilakukan ? 


Adakah pemimpin pengkhianatan ini akan terus membantu perjuangan mereka sehingga ke akhir pengkhianatan ?


Adakah sebagai penyokong kepada pengkhianatan akan mendapat perlindungan sama seperti pemimpin pemimpin pengkhianatan sama seperti yang di berikan oleh pihak penaja-penaja kepada pengkhianatan tersebut ? 
(Sila matikan siaran Radio Online di bahagian kaki blog ini untuk menikmati  audio yang lebih baik )


Masih lagi samar samar dengan kedudukan mereka yang menyokong kepada pengkhianatan kepada Bangsa Malaysia ini dimanakah tempat letak mereka andai perjuangan mereka untuk memecah belahkan perpaduan dan keharmonian negara bangsa ini. 


Ketika ramai pemimpin kepada pengkhianatan ini dilihat mewah ke serata dunia dengan pelbagai kemudahan oleh penjajah penjajah Neo-Kolonialisme mereka , sudah tentunya mereka mempunyai pelbagai akses untuk pemilikan atau penggunaan aset aset diluar negara yang mampu digunakan untuk mereka melarikan diri sekiranya mereka mempunyai masalah kelak . 


Setidak-tidaknya, Mereka masih mampu untuk tinggal dan menetap di lapangan terbang sebelum mendapat suaka politik Seperti yang telah Merhan Karimi Nasseri ( gambar ) alami ketika melarikan diri setelah berjaya menggulingkan pemerintahan Syah Iran. 

Mungkin kepada penyokong penyokong kepada pengkhianatan bangsa ini tidak dapat melihat nilai-nilai persamaan diantara pengkhianat dahulu sehingga kini yang tidak pernah berubah .

Semua pengkhianat hanya mampu untuk melarikan diri , dan terus melarikan diri sekiranya berlaku  keadaan yang tidak diingini berlaku kepada perjuangan mereka . Seterusnya, meninggalkan segala sokongan yang diberikan kepada para pemimpin pengkhianatan tersebut begitu sahaja tanpa memikirkan mengenai untung nasib kehidupan kepada mereka yang menyokong perjuangan mereka .

Seandainya para pemimpin tersebut bertangung jawab diatas pengkhianatan mereka, dakah mereka akan setia untuk berada dialam negara . dan memilih untuk tidak melarikan diri . ternyata disini kepentingan kepada maruah dan harga diri serta materialistik sentiasa bermain main didalam pemikiran pengkhianat pengkhianat perjuangan Bangsa Malaysia ini.

Ketika Si Buang Pengkhianat menyediakan dirinya untuk melarikan diri, diugut kepada para penyokong warga-warga kampung dengan ugutan.

" Aku Nak Keluar dari Kampung Ini. Aku tak mahu korang campur pasal hal aku. Kalau Kau orang halang aku , Aku TEMBAK !"

Dan di balas Penduduk Kampung ,

"Tembak lah , nanti habis peluru kau , parang ini habuan menanti kau !"

Ternyata , dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh mana mana pengkhianat, ternyata tidak mampu untuk dijadikan sebagai kelebihan didalam mana mana pengkhianatan . Biarpun dengan hanya menggunakan apa yang ada , tetap perjuangan melawan pengkhianatan dan perjuangan yang membawa kepada perpaduan dan kedamaian akan sentiasa menjadi sebagai impian dan harapan bagi semua manusia diatas muka bumi ini.

Dan ketika cubaan cubaan anasir luar telah dipatahkan. dan segala persenjataan dan juga kekuatan regim pengkhianat ini telah dapat ditawan. yang tinggal didalam pengkhianatan ini tidak lebih hanya percubaan untuk melawan dengan cara yang hina - menikam belakang .

Persenjataan menikam belakang memang sebati dengan idealisme pengkhianatan . Agaknya sudah sebati didalam genes DNA mereka bahawa mereka hanya mampu untuk menikam belakang. tanpa mengira apa jua keadaan , samaada berkelahi secara fizikal , Mental mereka akan memilih untuk menikam belakang

Mungkin juga pilihan bagi pemimpin pemimpin pengkhianatan ini bagi perkara-perkara yang tidak perlu melibatkan perkelahian seperti perhubungan rakan ataupun perhubungan dewasa mereka. Mereka akan selalunya memilih untuk menikam belakang.

Adakah dengan cara menikam belakang ini dapat membuktikan ketulusan atau ke ikhlasan pemimpin pemimpin pembangkang ini ?

Sedangkan rakan baik kita pun kalau telah mengkhianati kita, kita benci . Inikan pula bagi pengkhianat bangsa dan negara kita.

Setelah Perkelahian diantara Sarjan Hassan dan Buang berakhir ,

peringatan telah diberikan didalam filem ini , bagi mengingatkan kita yang telah bersama sama berjuang didalam menegakkan kedaulatan bangsa Malaysia kita , untuk sama sama kita bersatu padu diantara kita . Biarpun tidak sama taraf pendidikan , taraf kehidupan ataupun taraf penghidupan yang dinikmati .

"Dengarlah wahai kawan kawan ku sekalian ,

"Aku berharap tiada lagi manusia seperti ini (buang) dalam tanah Air kita. Kerana Manusia yang seperti ini , dia akan merosakkan keturunan kita. Memang Bangsa kita Msih muda dan masih lemah . Aku Langsung tidak peduli Harapanku adalah Kita sesama bangsa bersatu-padulah hendaknya."

Sarjan Hassan ( P. Ramlee- Sarjan Hassan,1955 )

Kepada rakan-rakan sekalian,marilah kita bersama sama membina bangsa Malaysia yang Harmoni dan sejahtera , di Malaysia. dengan identiti Malaysia . keran tiada mana mana bangsa pun didunia ini memiliki keunikan dan prinsip kenegaraan yang kita ada. dengan berkat toleransi didalam kerajaan Barisan Nasional , kita mampu memiliki kesejahteraan untuk tingal aman dan damai dinegara ini .

Kebanyakan kerajaan yang diasaskan oleh pengkhianat pengkhianat bangsa tidak dapat mencapai kesefahaman kerana kerajaan yang dibina dengan perasaan benci yang disulami dengan cercaan dan nistaan, tidak dapat membina apa-apa persepakatan dan persefahaman diantara mereka , yang ada hanya kepura puraan dan tikam menikam samaada dihadapan ataupun di belakang tanpa ada penyatuan yang jelas diantara mereka . Semuanya hanya mementingkan kepentingan samaada peribadi ataupun kekuasaan yang akan merosakkan pembinaan negara bangsa Malaysia kita . 

Salam Satu Malaysia. 
p/s- Terasa hati pula bila dengar lagu tunggu sekejap ..............