Pendidikan Agama Johor - Adakah Mampu Kerajaan Liberal Pakatan Rakyat Pertahankan ?

"Johor sudahpun ada 500 sekolah agama dan dan dalam tempoh dua tahun ini akan membina 121 sekolah lagi membabitkan perbelanjaan RM240 juta ...inilah komitmen kerajaan negeri untuk pembangunan anak-anak Johor melalui Sekolah Agama Kerajaan Johor "
-YAB Dato' Hj Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor 

Adakah Sistem Pendidikan Islam di Negeri Johor yang telah mengalami pemodenan pesat dan di Bantu sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim Akan dapat dikekalkan sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah ? 


Walaupun Pakatan Rakyat Mempunyai Parti Islam SeMalaysia, Kelihatan Dasar dan Tindakan Parti tersebut yang kebelakangan Ini lebih Memihak Kepada Pihak Pihak yang lebih Liberal Seperti Parti Keadilan Rakyat yang lebih terbuka didalam membincangkan Isu Agama dan Hak Beragama . Serta DEMOCRATIC ACTION PARTY yang akan memusnahkan Hak Melayu TERMASUKLAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT . 

Inilah Perjuangan Melayu Di Negeri Johor ! 


PERTAHAN KAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR ! 
KEKAL BERSAMA KERAJAAN BARISAN NASIONAL 



PENDIDIKAN AGAMA JOHOR

ImageKerajaan Negeri Johor terbabit secara langsung dalam sistem pendidikan agama sejak 1895 lagi apabila Sultan Abu Bakar mewujudkan perlembagaan bertulis bagi negeri ini. Sejak daripada tarikh itu, Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar terus menunjukkan keprihatinan yang mendalam berhubung pendidikan agama. Hasil keprihatinan ini, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.

Apa yang membezakan sekolah-sekolah agama di Johor dengan negeri-negeri lain ialah Kerajaan Negeri Johor sejak awal lagi telah secara agresif mengambil alih sekolah-sekolah ini, manakala di negeri lain sekolah agama dibiarkan berkembang dengan sendiri. Sekolah-sekolah agama persendirian ini ternyata kemudiannya mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam sistem politik dan sosial di negeri-negeri berkenaan.

Justeru, hasil kepemimpinan bijak negeri Johor membolehkan pendidikan agama di negeri Johor sehingga hari ini dapat diselaraskan dengan teratur. Penyelarasan sistem pendidikan agama di negeri Johor sehingga hari ini memberi impak yang cukup besar terhadap kesatuan dan perpaduan umat Islam di negeri Johor.

ImageApabila anak-anak Johor menerima sistem pendidikan agama yang seragam, maka secara keseluruhannya pembentukan minda dan pemikiran mengenai bagaimana agama itu wajar dibangunkan turut mempunyai kesatuan cita-cita yang serupa.

Oleh itu, banyak negeri-negeri lain yang tertarik untuk melaksanakan sistem pendidikan agama mereka sebagaimana yang diwujudkan di negeri Johor.
Berdasarkan pandangan pelbagai pihak mengenai sistem pendidikan agama negeri Johor, jelas kepemimpinan negeri Johor sehingga hari ini berjaya mengekalkan satu sistem pendidikan agama yang lengkap.

Kepemimpinan negeri hari ini bukan sekadar berjaya mengekalkan sistem pendidikan agama sedia ada, malah telah menggunakan peruntukan yang banyak bagi mempertingkat kualitinya serta memastikan anak-anak orang Islam di Johor terus mendapat pendidikan yang terbaik dalam usaha mewujudkan sebuah negeri makmur yang memperolehi keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Pendidikan Agama adalah salah satu khazanah keunikan negeri Johor yang diwarisi sejak turun temurun dan masih dipertahankan sehingga ke hari ini. Warisan ini masih diteruskan dan perkembangkan dari semasa ke semasa dari pelbagai aspek mengikuti keperluan wawasan negara. Kini, negeri Johor memiliki sistem pendidikan agama tersendiri yang berkesinambungan serta mempunyai arah tuju tersendiri apabila ia dimulakan daripada peringkat Tadika Agama Johor, Sekolah Agama, Sekolah Menengah Agama, dan juga Institusi Pengajian Tinggi
Agama Johor.



Tadika Agama Johor ( TAJ )

Pengenalan
1. Tadika Agama Johor (TAJ) adalah program pendidikan pra sekolah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.
2. Mula ditubuhkan pada Januari 2001.
3. Sehingga Januari 2007 terdapat sebanyak 312 kelas TAJ telah dibuka dengan jumlah murid 4647 orang yang melibatkan 297 orang guru.


Objektif
1. Memupuk semangat sayangkan agama, bangsa dan negara
2. Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
4. Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
5. Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira


Syarat-syarat kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 6 tahun pada tahun berkenaan
3. Tidak mengikuti pendidikan pra sekolah di Tadika lain
- Pendaftaran dan Yuran
1. Yuran bulanan sebanyak RM20.00
2. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah


Kurikulum
Kurikulum program pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut :


a. Asas Tilawah Al-Quran dan Hafazan
b. Asas Fardu Ain
c. Asas Bahasa Melayu
d. Asas Bahasa Inggeris
e. Asas Matematik
f. Asas Jawi dan Bahasa Arab
g. Asas Sains
h. Asas Pendidikan Seni 




Ko-kurikulum
Aktiviti ko-kurikulum TAJ menekankan aspek amali seperti aktiviti amali solat, berwuduk dan pergerakan-pergerakan asas yang berorientasikan syariat Islam. Antaranya adalah :
1. Pendidikan Jasmani
2. Lawatan Sambil Belajar
3. Majlis Keraian Hari-hari Kebesaran Islam
4. Hari Terbuka
5. Tilawah Al-Quran
6. Penyampaian Sijil TAJ. 

Struktur Pembelajaran
a. Jam pertemuan tiga jam sehari
b. Hari persekolahan lima hari seminggu
c. Tempoh pembelajaran selama setahun
d. Masa pembelajaran 8.00 - 11.00 (sesi pagi) dan 2.00 - 5.00 (sesi petang)
e. Jumlah murid antara 15 - 25 orang bagi satu kelas.


Peperiksaan & Penilaian
Peperiksaan dan penilaian dilakukan melalui ujian lisan, amali dan ujian bertulis
Ujian lisan dan amali
i Bacaan Al-Quran
ii. Hafazan Al - Quran
iii. Amali Solat dan Wuduk
Ujian bertulis berdasarkan semua matapelajaran yang dipelajari



Halatuju TAJ
Selepas TAJ murid-murid boleh melanjutkan pelajarannya ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan dan Darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor atau mana-mana sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa.







Sekolah Agama Kerajaan Johor

Pengenalan 

1. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar. Tujuannya adalah untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.

Sehingga kini, Sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


2. Sehingga tahun 2002 jumlah murid ialah 212,030 orang yang melibatkan 3,168 orang guru.


Objektif

1. Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
2. Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan
3. Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
4. Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.
5. Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.
6. Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.


Syarat-syarat kemasukan


1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan
Pendaftaran dan Yuran
1. Pendaftaran masuk adalah percuma
2. Bayaran yuran 60 sen sebulan
3. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah

Kurikulum

Umumnya, murid-murid Sekolah Agama Johor adalah murid-murid yang berdaftar dan belajar di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan. Sekolah Agama Johor pula berfungsi untuk menambah, melengkap dan memperkukuhkan lagi matapelajaran pendidikan Islam. Oleh itu, kurikulum yang disediakan oleh Sekolah Agama Johor hanya menumpukan kepada matapelajaran pendidikan agama sahaja.




Bil
Tahap I
( Darjah I, II, III )
Bil
Tahap II
( Darjah IV, V, VI )
1
Pendidikan Al-Quran& Tajwid
1
Pendidikan Al-Quran& Tajuid
2
Pendidikan Tauhid
2
Pendidikan Tauhid
3
Pendidikan Ibadah
3
Pendidikan Fiqh I (Ibadah)
4
Pendidikan Akhlak
4
Pendidikan Fiqh II (Muamalat, Munakahat, Jenayat & Faraid )
5
Pendidikan Sirah
5
Pendidikan Akhlak
6
Pendidikan Jawi
6
Pendidikan Sirah
7
Pendidikan Bahasa Arab
7
Pendidikan Bahasa Arab
8
Pendidikan Amali
8
Pendidikan Jawi
9
Pendidikan Amali




Ko-kurikulum
Kegiatan ko-kururikulum dijalankan secara berterusan sepanjang tahun di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :


1. Perujian Tilawah Al-Quran murid-murid lelaki dan perempuan
2. Pertandingan syarahan Bahasa Arab
3. Pertandingan mentafsir ayat Al-Quran
4. Pertandingan membaca berzanji
5. Pertandingan tahfiz Al-Quran
6. Pertandingan tarhim, azan dan iqamah
7. Perujian seni khat.


Struktur Pembelajaran
1. Hari persekolahan 5 hari seminggu
2. Masa pembelajaran : 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi)
2.00 - 6.30 petang (sesi petang)
3. Jam pertemuan : Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari
4. Tempoh pembelajaran : 6 tahun
5. Jumlah murid bagi setiap kelas : antara 20 - 39 orang.
6. Kedudukan umur, darjah dan masa belajar :



Tahap
Darjah
Umur
Masa Belajar
I
7 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
1
II
8 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
III
9 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
IV
10 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
2
V
11 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
VI
12 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
Halatuju Sekolah Agama Kerajaan Johor
1. Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya ekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
2. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.




Sekolah Menengah Tinggi (MAAHAD)
Pengenalan
Pendidikan Agama Peringkat Menengah adalah lanjutan daripada pendidikan di peringkat Sekolah Menengah. Kerajaan Negeri Johor telah sebuah sekolah menengah Tinggi agama berasrama penuh iaitu : Sekolah Menengah Tinggi (Maahad) Johor ditubuhkan pada tahun 1960, menerima pelajar bagi Tinkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 atas.


Objektif
1. Menyediakan sistem pendidikan yang berterusan bagi membentuk muslim mukmin yang menjadi Islam sebagai cara hidup yang lengkap lagi menyeluruh
2. Membekalkan sumber keilmuan secara bersepadu dan seimbang dengan menggabungjalinkan Kurikulum Agama dan Akademik.
3. Memantapkan penguasaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan utama.
4. Melahirkan pelajar yang berdaya maju dan berinovatif serta mampu menghadapi segala cabaran yang melengkunginya.
5. Memberi peluang kepada pelajar memilih bidang atau aliran pengajian yang diminati.


Syarat-Syarat Kemasukan
a. Warganegara Malaysia
b. Beragama Islam
c. Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Johor sekurang-kurangnya Jayyid atau kelulusan yang setaraf dengannya.
d. Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
e. Berumur 18 tahun pada tahun berkenaan.



Pendaftaran dan Yuran
i.    Pendaftaran RM 10.00
ii.   Yuran Makan RM 1.00 sehari
iii.  Yuran Asrama RM 10.00 sebulan
iv.   PIBG RM 10.00 setahun
v.    Takaful RM 2.50 setahun
vi.   Sukan dan Persatuan RM 10.00 setahun
vii.  Hemat Diri RM 25.00 sepanjang pengajian
viii. Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah



Bidang Pengajian
a.  Pengkhususan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) - 6 rendah
b.  Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) - 6 atas




Ko-kurikulum
a. Sukan
b. Pakaian seragam
c. Kelab dan persatuan
d. Sambutan hari kebudayaan Islam
e. Program Kebudayaan & Kesenian Islam
f. Khidmat masyarakat

Struktur Pembelajaran
a. Tempoh pengajian selama 2 tahun
b. Umur kemasukan pelajar ialah 17 dan 18 tahun
c. Masa pembelajaran daripada 7.30 pagi - 2.00 petang
d. Hari persekolahan 5 hari seminggu
e. Jumlah pertemuan 6 jam sehari
f. Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu (subjek akademik)dan bahasa Arab (subjek agama) 



Halatuju
a. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Syariah atau Usuluddin di Institut pengajian Tinggi Islam & Bahasa Arab (MARSAH) selam tiga tahun dan di Universiti Al-Azhar selama setahun.
b. Melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negeri.




MARSAH

( Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa Arab )

Pengenalan
MARKAZ AD-DIRASAT AL-ISLAMIAH WA AL-ARABIAH atau dalam Bahasa Melayunya adalah program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir. Ia ditubuhkan pada bulan November 1997 di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)


Program yang ditawarkan adalah ;
1. Kulliyyah Syariah Al-Islamiah - (3 tahun + setahun di Al-Azhar)
2. Kulliyyah Usuluddin - ( 3 tahun + setahun di Al-Azhar)
3. Kulliyyah Tahfiz Al-Quran - program kerjasama dengan Darul Quran, JAKIM ( 3 tahun)
4. Sijil Tahfiz wa Al-Qiraat (setahun)


Tenaga Pengajar MARSAH adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari dalam dan luar negara yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Teknologi Malaysia, Univesiti Kebangsaan Malaysia.


Syarat-Syarat Kemasukan



A. Kuliah Syariah Islamiah dan Usuluddin
I. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan ATAU yang setaraf denganya.
II. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.



B. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
I Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) atau 4 Thanawi atau sijil yang setaraf dengannya, dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM
ATAU
II Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran berikut
a. Bahasa Melayu
b. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah
c. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi DAN lulus Bahasa Inggeris
III Lulus temuduga kemasukan 


Yuran Pengajian
a. Yuran Pendaftaran - RM 100.00 (sepanjang pengajian)
b. Wang Hemat Diri - RM 100.00 (sepanjang pengajian)
c. Takaful - RM 20.00 (setahun)
d. Yuran Pengajian - RM 500.00 (setahun)
e. Yuran Asrama - RM 500.00 (setahun)
f. Yuran Peperiksaan - RM 100.00 (setahun)
- Struktur Pengajian
1. Tempoh pengajian selama 3 tahun
2. Masa pembelajaran 6 jam sehari ( 8.00 pagi - 4.00 petang)
3. Hari-hari pembelajaran 5 hari seminggu ( Isnin hingga Jumaat)


Kurikulum
Kurikulum yang digunapakai menggunakan sepenuhnya kurikulum Universiti Al-Azhar, Mesir. MARSAH juga menawarkan matapelajaran tambahan mengikut Fakulti.

MATAPELAJARAN
USULUDDIN
SYARIAH
JAM
SEMINGGU
JAM
SEMESTER
JAM
SEMINGGU
JAM
SEMESTER
Bahasa Kebangsaan
1
15
1
15
Bahasa Malaysia
3
45
3
45
Pengajian Islam
4
60
4
60
Bahasa Inggeris
6
90
6
90
Tamadun Islam
6
90
6
90
Teknologi Maklumat
2
30
2
30
Penal Code
-
-
2
30
Criminal Procedure
Code
-
-
2
30
Halatuju MARSAH
Pelajar yang lulus peperiksaan di tahun tiga akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir selama setahun dalam bidang yang berkenaan bagi memperolehi Ijazah Pertama.