Nadi Rakyat : Selat Tebrau, Tanjung Puteri , Tambak Johor - Kedaulatan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

SINGAPURA 24 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, negaranya akan menyerahkan semua kemudahan yang terkandung di bawah Perjanjian Air 1961 kepada pihak berkuasa air Johor secara "gratis" (percuma) dan dalam keadaan berfungsi dengan baik selepas 1 Julai 2011.



Beliau berkata, Singapura dan Malaysia juga bersetuju untuk menurunkan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua bagi meningkatkan lagi penggunaan laluan kedua itu bersesuaian dengan matlamat menggalakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.


Malaysia dan Singapura turut bersetuju, katanya, menambah laluan perkhidmatan bas serta melaksana polisi liberalisasi untuk perkhidmatan teksi antara kedua-dua negara berjiran rapat ini.


"Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) akan turut dilaksanakan bagi membolehkan lebih banyak rakyat berulang-alik antara kedua-dua negara," kata Hsien Loong pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Utusan





Ketika Kita Masih lagi mencari kaedah penyelesaian bagi Pembangunan Tanah Milik KTMB di Bukit Timah , serta landasan kereta api dan Stesen Keretapi Tanjong  Pagar Singapura . 


Kebanyakan daripada Rakyat bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim Warga Bandaraya Johor Bahru menantikan kehadiran Sebuah Mercu tanda yang menjadi sebagai suatu lambang kedaulatan kepada Negeri Johor Darul Takzim. 


Sebuah Jambatan Merentangi Selat Tebrau Menggantikan Tambak Johor. 


Perkara ini telah pun disuarakan oleh Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ketika Hayat Almarhum lagi . 


Maafkan saya memetik Titah Almarhum Ketika Merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar pada 3 November 2006



"Robohkan juga Tambak Johor... Datuk nenek aku (beta) dah kena tipu dengan Mat Salleh...



“Tu causeway tu bukakan, baru negeri Johor ini maju...”


Dengan penamatan Perjanjian Air Singapura Pada Tahun 2011 ini, merupakan sebagai satu peluang baru untuk memulakan semula usaha untuk membina sebuah Jambatan yang menggantikan Tambak Johor 


Sekiranya rundingan yang terdahulu terbantut akibat daripada Perjanjian Air Singapura , yang menggunakan alasan bahawa gangguan kepada infrastruktur bekalan air yang dirujuk kepada Konvensyen Geneva. 


Dengan Penamatan perjanjian Bekalan Air yang bakal tamat pada Julai 2011 ini bakal membuka lembaran baru kepada pembinaan Jambatan ini . 


Sudah tentu dengan penggunaan paip paip utiliti yang digunakan untuk mengalirkan air dari Loji Skudai dan Empangan Gunung Pulai dapat digunakan untuk sebagai saluran air tambahan untuk kerja kerja pengalihan paip paip air tersebut . dan bekalan air ke Singapura masih dapat disalurkan tanpa gangguan yang ketara. 


Diharapkan agar Pembinaan kembali Jambatan ini akan dapat memberikan harapan baru kepada Rakyat Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang telah sekian lama bosan dengan ngauman jet jet pejuang Singapura yang telah mengganggu ketenteraman hidup Rakyat serta Kedaulatan Negeri Johor Darul Takzim .