Kenyataan Akhbar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu -16 Oktober 2008

Saya dengan ini Menyalin Semula Kenyataan Akhbar yang telah pun dibuat oleh Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Penyimpan mohor besar raja Raja Melayu pada 16hb Oktober 2008. Berkenaan Institusi Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu , dan juga Keistimewaan hak melayu di Malaysia . 

Ternyata kebanyakan daripada Kita Masyarakat Malaysia ada yang tidak akan menyedari hak dan kedaulatan Institusi Raja Raja Melayu yang merupakan sebahagian daripada tunjang dan asas pembentukan negara kita.  Dan disini, Sebenarnya dalam kita hidup di Malaysia, Melayu merupakan suatu aspek yang tidak perlu di pingirkan atau digugat kerana pengenalan kepada Malaysia sendiri adalah Melayu Dari segi aspek budaya , adat resam, tatacara Masyarakat . semuanya berorientasikan Melayu Tanpa Melayu Tiadalah Malaysia dan Tanpa Malaysia Melayu akan luput dan hilang didunia sering dengan kehendak agenda globalisasi .

Dan disini hampir kebanyakan daripada Melayu pada hari ini telah pun bergaul dan hampir diasimilasi kepada beberapa budaya cina , India yang telah bebas untuk mengamalkan kebudayaan mereka dengan bebas dinegara kita. 

Tiada satu pun negara yang dapat menghormati hak dan kebebasan berbudaya dan dapat menerapkan nilai kesatuan budaya didalam masyarakat majmuk seperti yang dilakukan di Malaysia .    Daripada penerapan nilai nilai gabunga tadi telah terbentuk suatu nilai persamaan diantara kita yang kini kita kenali sebagai " Budaya Bangsa Malaysia". 

Warna warni keindahan budaya yang telah disemai kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama menjadi sebagai tunjang dan juga sebagai pemacu kepada  pembangunan negara kita . Kita sedar tentunya terdapat ketidak puashatian pada sesetengah pihak mengenai perkara ini . 

Tetapi , Adakah menjadi kepentingan untuk membolot segala kekayaan di atas bumi Malaysia tanpa memikirkan tentang jiwa dan raga kehidupan warga rakyat Malaysia ?

Perlukah kita mengorbankan semangat setia kawan diantara kaum yang telah di capai sekian lama ? 

Cubalah renungi kenyataan Akhbar yang telah saya salin dibawah untuk kita sama sama insafi kedudukan dirikita sekarang . dimanakah tempat kita berada , dan juga kemanakah hala tujuan negara kita jika tiada kesepakatan dan kemuafakatan yang telah kita kecapi dan nikmati bersama . 

Saya disini menolak idea globalisasi kerana globalisasi telah menghancurkan dan memusnahkan nilai nilai budaya bangsa bangsa lain didunia untuk diletakkan hanya didalam Muzium sahaja . dan ternyata tidak berubah dari  dasar penjajahan imperialisme yang telah dipukul canang oleh media barat . Ternyata disini hak asasi  Manusia untuk berbudaya telah dicalarkan dengan propaganda kehancuran yang dilaung laungkan oleh  pejuang yang membawakan idea demokrasi sejati tetapi tidak lebih tetap hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja 

Kenyataan Akhbar Penyimpan Mohor Besar Raja Raja 16 Oktober 2008

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.


“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.


“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan ataupertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.


“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."


"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."


“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.


“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."


"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.


"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.


“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."


"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. 
Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."


“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."


"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."


“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” 


PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Terima kasih kepada Dr Novandri Hasan Basri Minda Intelek Melayu


Tetap Daulat Melayu di Malaysia.