Kematian Aminul Rashid Bin Hamzah - Adakah Polis benar benar bersalah ?


Kisah Kematian Adik Aminul Rashid Hamzah Merupakan Satu kematian yang menggemparkan negara kita pada ketika ini . Ternyata Kebanyakan daripada orang dewasa pada ketika ini tidak lagi mementingkan aspek penjagaan anak anak dengan membiarkan anak mereka memandu pada waktu malam .


Disini , saya bawakan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya mengenai tangung jawab keibubapaan didalam menjaga anak mereka daripada terlibat didalam gejala rempit, keluar malam

Adakah sebenarnya Pakatan Rakyat yang menuntut bela kepada Allahyarham sebenarnya ingin mempromosikan Aktiviti Rempit , Keluar Malam , Dan pelbagai kegiatan malam negatif yang lain ?

Ataupun terus ingin menyampaikan mesej ANTI -POLIS kepada anak anak muda pada masakini dengan memutarkan cerita mengenai kematian Allahyarham ?

Tetapi yang memang Pasti Banyak aspek kekeluargaan yang perlu diambil kira sebelum kita membuat pelbagai telahan yang hanya akan membuntukan pemikiran anak muda kita mengenai polis . dan seterusnya Imej polis sebagai pelindung kepada rakyat dari pelbagai anasir anasir jahat akan terhakis . dan pada ketika itu, kumpulan-kumpulan ganster dan samseng akan terus mengambil tempat sebagai pelindung masyarakat .

Semestinya kita tidak suka kekejaman yang dilakukan oleh along menjadi sebahagian indipati didalam polisi perlindungan masyarakat kita ada masa akan datang .


Berikut di berikan Laporan polis mengenai Kematian Adik Aminul Rashid yang dibuat oleh Rakan Allahyarham .


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Mengapa Ibu Bapa AMINUL RASHID BIN HAMZAH
membenarkan pengunaan kenderaan bagi anak beliau pada waktu tengah Malam ? 

Sekiranya dipandu curi, mengapakah tidak dicari anak tersebut dimanakah dia berada ? 

Mengapa pula tiada report kehilangan kereta ?

Sekiranya Adik AMINUL RASHID BIN HAMZAH  memandu dengan kebenaran Ibubapanya , 
Tidakkah ibu bapanya sepatutnya menegah anak mereka dari memandu tanpa pengawasan sebegitu jauh ?

"Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam."

Disini Pemandu yang tidak kompeten memandu kenderaan sehingga bergesel dan seterusnya menyebabkan kemalangan kecil . disini, jelas bahawa kanak kanak berumur 14 tahun tidak lagi mampu untuk mengendalikan kenderaan dengan cekap . mengapa dibiarkan keluar malam memandu kereta tanpa pengawasan ?

Adakah dengan memandu dibawah umur tidak menghiraukan kerosakan yang dialami oleh pemilik kenderaan yang digesel ?

Jelas sekali Adik Aminul Rashid memilih untuk tidak bertangung jawab dengan melarikan diri sebenarnya menyebabkan pelbagai syak wasangka pada pemilik kenderaan yang dilanggar .

"Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh."

Disini pula , Akibat dari perbuatan tersebut, Adik Aminul Rashid Terus memilih untuk memandu secara melulu, Cuba bayangkan sekiranya Adik anda atau anak anda berusia 14 tahun memandu secara melulu adakah pemanduannya akan secekap pemandu yang lebih dewasa ?

Sedangkan ada pemandu stunt profesional pun telah mengalami kecederaan ketika mereka melakukan aksi stunt mereka . 


Kini Pula melibatkan kemalangan melanggar motorsikal pula . Tidak Menghairankan sekiranya adik Aminul Rashid tidak dapat mengawal perasaannya yang dah terlalu bersalah dengan memandu secara Melulu . 

"Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu kereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami."

Disini menampakkan sebab mengapa polis cuba untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu dengan melulu serta laju . 

Sekiranya jentera kenderaan yang dipandu dapat dikawal pada pandangan polis. Tiada kecurigaan pada pihak polis kepada pemandunya . 

" AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam."

Mengapa perlu takut kepada Arahan polis untuk Berhenti ?

Jika tiada kesalahan polis tidak akan mengapa apakan orang awam . dan jika Ada kecemasan sudah tentu Polis akan mengiringi perjalanan .

dan jika perlu Anggota polis boleh memandu kenderaan yang dibawa oleh adik aminul rashid ke Balai Polis sebelum diambil oleh penjaganya semua.


Mengapa Adik Amirul Rashid tidak berhenti sahaja ?

Tindakan untuk tidak berhenti sebenarnya menyebabkan Adik Aminul rashid disyaki sebagai penjenayah .

"Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal."

Bagi saya , Tindakan ini merupakan tindakan yang wajar bagi polis memberhentikan kenderaan yang dipandu laju .dan tidak mengendahkan amaran polis untuk berhenti .

Sekiranya Tanpa Amaran . Polis tidak akan sewenang wenang nya akan melepaskan tembakan .


"Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti."

Disini Sebenarnya Merupakan Missed Fire yang dibuat oleh polis ...
Dan Motif untuk tembakan pun kita nampak ...
Bagi memberhentikan kenderaan yang disyaki di bawa oleh penjenayah.


Namun begitu , Adalah wajar bagi pihak Polis melakukan penyiasatan lebih terperinci bagi memastikan segala prosedur mengesyaki penjenayah dilakukan pada kes ini .

"Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

Dan disini, Mengapakah Polis memperlakukan rakan Adik Aminul Rashid seperti penjenayah ?

Secara kasar saya mengagak bahawa Tindakan 


1. Tidak menghentikan kenderaan .
2. Melarikan diri dari polis .

Pada Kebiasaannya Para Penjenayah yang akan melarikan diri dari polis .

Jadinya Nasihat Saya Kepada SEMUA rakyat Malaysia . Tindakan untuk tidak memberikan kerjasama kepada Anggota polis boleh mengundang bahaya . Sila Patuhi Undang undang jalan raya .

Serta Sila awasi Anak Anak sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak anda .

Perlukah Prosedur Mengesyaki Penjenayah dikurangkan ?

Tidak, Sekiranya Anda tidak bersalah kepada sebarang pertuduhan . Mengapa perlu mengaku bersalah dan bertindak seperti orang yang bersalah ?

Walaubagaimana pun Perjuangan bagi menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia Merupakan Polis yang kejam bagi saya tidak membawa kepada apa apa makna ,  sekiranya anak anak kecil dibiarkan untuk memandu jentera kenderaan tanpa pengawasan ibu bapa .