Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

Berita Harian - 2010/05/20
KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.



Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gaji600_000kakitanganawamdisemak/Article/


Pada Pandangan Saya , 


Sebagai menyokong kepada Sektor Perkhidmatan dan juga menaikkan taraf kehidupan di Malaysia , Usaha semakan terhadap gaji para pekerja perlulah dilakukan. Dengan kenaikan gaji ini akan menambahkan kuasa membeli kepada 600,000 kakitangan perkhidmatan Awam . Pada saya ini merupakan suatu cara pengagihan wang yang lebih efisien kepada pasaran tempatan dan akan membantu kepada pengembangan ekonomi di sektor perkhidmatan seterusnya merancakkan pertumbuhan kepada ekonomi negara. 


Seperti kebiasaan , pada setiap kenaikan gaji kakitangan awam akan pasti akan di susuli dengan kenaikan harga barangan yang telah dikuasai perdagangannya oleh pihak pihak tertentu di Malaysia . Ketika Kakitangan Awam mendapat kenaikan gaji , bagaimana pula dengan rakan rakan di sektor swasta yang lebih sukar untuk mendapat " Semakan" gaji . tentunya lebih sukar untuk menampung kenaikan harga.  


Dan perlu diingatkan , kenaikan gaji kali ini akan sokong oleh Akta Persaingan yang akan diluluskan pada tahun hadapan. Serta dibantu oleh Akta Kawalan Harga 1946, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Sewa Beli 1967. Dengan ini Aktiviti perdagangan di Malaysia diharapkan dapat kawal dengan lebih efisien dan seterusnya akan menambah lagi bilangan peniaga peniaga yang akan terus dapat memberikan perkhidmatan dan juga mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik , 


Dan Diharapkan dengen kenaikan gaji kepada kakitangan awam ini akan membawa sinar baru kepada rakan rakan Industri Kecil dan Sederhana, Untuk terus menyambung usaha untuk membentuk Masyarakat Industri Melayu dan menjadikan perniagaan sebagai suatu kerjaya yang menjamin kesinambungan keutuhan Masyarakat melayu di Malaysia . 


Harapan Baru Untuk Pengembangan Ekonomi di Malaysia .