KEFAHAMAN PLURALISME AGAMA

Kefahaman Pluralisme agama yang digagaskan oleh Islam Liberal membawa erti “semua agama secara dasarnya adalah sama kerana pada hakikatnya semuanya itu tidak lain hanyalah bentuk-bentuk tindakan dan pemahanan yang berbeza terhadap satu realiti yang sama, ringkasnya semua agama secara relatif adalah sama dan tak ada satu pun agama yang berhak menyatakan agamanya satu-satunya agama yang benar”.


Joachim Wach, seorang pakar ilmu perbandingan agama kotemporeri berkesimpulan bahawa manusia perlu mengekspirasikan pengalaman keagamanya dalam tiga cara iaitu yang pertama secara intelektual kedua secara praktikal dan ketiga secara sosilogis. Menurutnya lagi fenomena ini adalah universal. Begitu juga Prof. Ninian Smart yang juga pakar ilmu perbandigan agama dan antropologi Clifford Geert menegaskan akan komprehensif agama yang mencakup seluruh dimensi kehidupan manusia. Fakta-fakta ini telah menguatkan pada institutionalized religion melainkan juga mencakup seluruh falsafah hidup yang juga dikenali sebagai ideologi-ideologi sekular. Professor Muhammad Imarah telah menyatakan bahawa “Barat telah memaksa yang lain untuk mengikutnya sama ada secara kultur mahupun pemikiran, dengan kata lain barat tidak ingin “to let the others to be really other”


Golongan-golongan Islam Liberal ini juga membawa pendekatan penafsiran semula Islam secara khususnya penafsiran semula Al-Quran berlandaskan akal semata-mata dan sesiapa sahaja boleh menafsir Al-Quran dengan cara tersendiri. Pemahaman ini telah menidakkan tafsiran-tafsiran yang telah dibuat oleh ulamak-ulamak masa kini dan masa silam. Mereka juga memisahkan kehiduapan di dunia ini dan kehidupan di akhirat dengan menyatakan bahawa kekuasaan agama dan politik harus dipisahkan. Islam Liberal yakin bahawa untuk mewujudkan Negara yang sihat pemisahan antara agama dan politik harus dilaksanakan. Golongan ini juga menyamakan AL-Quran dengan teks-teks agama lain.




MENENTANG...bantahan disuarakan pelbagai masyarakat tempatan terhadap kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Antara misi-misi Islam Liberal ini adalah mewujudkan forum terbuka diantara agama tanpa melibatkan elemen ketaksuban agama. Selain itu, Islam Liberal meyakini bahawa urusan beragama dan tidak beragama adalah hak perorangan yang harus dihargai dan dilindungi. Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan (persekusi) atas dasar suatu pendapat atau kepercayaan.


Implikasi dari fahaman pluralisme agama ini adalah wujudnya akan agama-agama baru seperti agama sivil. Agama ini telah menjadi terkenal di Amerika Syarikat khususnya dimana agama ini menjurus kepada fahaman yang mudah tentang kewujudan tuhan, kehidupan masa depan ,pahala dan siksa.

Antara implikasi yang lain adalah masyarakat akan merasakan agama yang dianuti adalah sama sahaja dengan agama yang lain yang berbeza cuma ajarannya saja. Masalah ini boleh menyebabkan orang Islam itu melakukan syirik kepada Allah s.w.t. dengan menyamakan-Nya dengan tuhan agama lain yang tidak wujud. Perkara ini telah wujud di Malaysia apabila kita merayakan Kongsi Raya antara agama. Sahibul Samahah Dato’ Seri (Dr) Harussani telah mengeluarkan kenyataan bahawa perayaan kongsi raya adalah haram dilakukan.

Selain itu, akan wujud Pluralisme Formalistik dimana kelainan antara agama hanya dilihat pada luaran sahaja (surface) pada hakikatnya dalamannya ataupun pengisisan agama adalah seragam seperti contoh Kristian dan Islam hanya berbeza pada kulit luaranya sahaja dan isi kandungannya adalah sama sahaja. Inilah yang dikatakan (Uniformity)


Bagi fahaman Islam Liberal pula implikasi yang wujud adalah keraguan terhadap Al-Quran itu sendiri. Mereka mengatakan pengumpulan Al-Quran pada zaman Abu Bakar adalah teks peribadi dan bukan teks rasmi untuk digunakan. Fahaman yang diutarakan oleh golongan Liberal Islam ini adalah salah sama sekali kerana hadis-hadis apakah Abu Bakr r.a atau Umar r.a tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak pengumpulan Al-Quran. Hadis-hadis tersebut tidak sama sekali menolak pengumpulan Al-Quran pada zaman Abu Bakr r.a


Antara lain golongan ini juga mengatakan bahawa al-Fatihah bukanlah bahagian daripada al_Quran, ia adalah doa yang diletakkan di depan dan dibaca sebelum membaca al-Quran sebagaimana kitab-kitab yang lain. Padahal kalau dilihat semula Al-Fatihah adalah surah di dalam al_Quran yang paling sering dibaca dan bahagian penting dalam setiap rakaat . Di dalam solat Al-Fatihah 4 kali dalam satu waktu solat . Jadi ini menolak kemungkinan bahawa Al-Fatihah hanya sekadar doa di dalam Al-Quran.

Melihat kepada keadaan di Malaysia di mana fahaman Islam Liberal dan Pluralisme agama yang semakin menular, telah wujud golongan-golongan yang berani menentang Islam yang juga didokong oleh ahli-ahli Islam Liberal itu sendiri. Kes-kes murtad yang semakin menjadi-jadi dimana statistic telah menunjukkan 250,000 orang Islam telah murtad dan 100,000 daripadanya telah masuk kristian dan juga kes penubuhan IFC (Inter Faith Commission) iaitu gabungan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism dan juga beberapa Ngo Islam yang berfahaman liberal seperti Sister in Islam, Malaysian Bar (Majlis Peguam Malaysia) telah mendokong perjuangan meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akideh orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. Kewujudan IFC ini jika diteliti dengan mendalam adalah salah stu misi Islam Liberal untuk mewujudkan kebebasan beragama ataupun freedom of religion yang melihat kepada kesamarataan antara agama.




Fahaman ini sedikit sebanyak mempunyai hubung kait dengan kes yang terbaru dalam Negara kita iaitu kes Azlina Jailani (Lina Joy). Golongan-golongan ini mengharapkan keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan menyebelahi mereka supaya agenda serangan terhadap Islam dapat diteruskan.
Adakah kita ingin agama dan bangsa kita dihina dan dipijak oleh golongan musyrikun dan munafikun ini ?


Apa yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja usaha –usaha golongan munafik dan musyrikun untuk menjatuhkan umat Islam. Berbagai-bagai usaha golongan yang berfahaman Pluralisme dan Liberalisme ini , mereka akan terus berusaha sehingga mereka berjaya merosakkan aqidah umat Islam .Jadi menjadi usaha kita semua bersama-sama golongan ulama untuk meneliti karya para orientaluis secara serius dengan membongkar akar-akar pemikiran sekular-liberal, diharapkan ranting pemikir Muslim yang terpengaruh dengan barat ini dengan sendirinya roboh. Allah s.w.t telah menyatakan dalam kitab suci al-Quran dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud: “Hai Orang-orang beriman jika kamu menolong Allah nescaya dia akan menolongmu nak meneguhkan kedudukanmu”.

PKR ditaja agen asing : Foto di atas diambil dari organ PKR, Suara Keadilan yang mendedahkan kursus PKR ditaja oleh Frederich Naumann Foundation (FNF), sebuah yayasan Kristian Jerman.

Anwar bersama salah satu penajanya - FNF(Frederich Naumann Foundation). Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF Pusat, Jerman. Hubertus von Welck adalah Pengarah FNF untuk Asia Tenggara. 






Posted by spp on 2006/8/11 8:55:44
Artikel ini adalah Artikel Yang dikeluarkan didalam Laman web Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia pada 11 Ogos 2006 

Sumber Gambar 

Ulasan